Kekeringan idea. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Kekeringan idea.

Betul-betul tak tau nak update apa. Aku betul-betul respek dengan blogger yang sentiasa ada idea untuk update blog mereka. Dan atas sebab itulah, blog mereka sentiasa hidup dan bernyawa.

Aku terkadang terpaksa cari idea daripada bacaan luar, hanya untuk cari idea menulis dalam blog ni. Nampak tak yang hidup aku ni sedikit bosan.

Bangun pagi, pergi kerja, cukup masa, balik kerja. Itulah rutin harian aku. Takda yang menarik pun sebenarnya.

Ikutkan hati, banyak tempat nak aku pergi. Hanya untuk hilangkan kebosanan hidup aku ni. Cuma, masa dan kewangan sahaja yang membataskan.

Itu yang, cuti 3 hari duk rumah je. Bangun pagi, sarapan, tengok tv, tidur, bangun, makan, tengok tv, tidur balik. Hahahahahha. Punyalah bosan kan?

Alhamdulilah, Melaka dalam 2-3 hari ni hujan. Bila cuaca berubah, bermakna hari juga berubah. Kalau panas je, kan semua akan jadi sama. Walaupun hidup itu sama je setiap hari, bila cuaca berubah, ada lah nampak sikit perubahan tu. Hehehehe.

Hari ni aku naik motor ke tempat kerja. Jadi, jika hujan ini kekal lebat, ini bermakna aku akan pulang dalam keadaan basah lencun. Ini sangat menyeronokkan. Hahahahahha.

Kalau saja-saja nak g main hujan. Macam tak kena la pulak kan. Yelah, dah jadi bapak orang, takkan nak main hujan lagi kot. Hehehehe.

Jadi, bila dapat peluang macam ni, kena la guna sehabis baik. Hahahahha, main hujan je pun.

Ok. Nak layan keindahan Allah sekejap. Sejuk sikit dunia ni. Hujan inilah yang membasahi tanah-tanah dihutan dan menumbuhkan pokok-pokok baru. Kalau takda hujan, siapa nak g siram pokok-pokok kat hutan sana tu. Alhamdulilah. Rahmat dari Allah.

Dan lagi 1, hujan sahaja yang turun, Lain semua naik. Hahahahahahahhaha.

Babai..:)


loading...

1 ulasan:

  1. Hujan akan sentiasa turun bila tiba waktunya.. tapi yang sekarang nie duk naik bukan nya akan turun malah bertambah-tambah naik..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com