Kecewa! - ceritaejoy

Kecewa!

6:20 PTG

Tak tahu la macamana aku nak ceritakan. Bila kita tersekat antara 2 keadaan dan kita yang menjadi mangsa.

Aku cuba untuk selesaikan masalah ini terlebih awal. Kalau aku tak buat dan cuba untuk selesaikan, memang ia adalah kesalahan aku, masalahnya aku dah buat terlalu awal.

Macamana aku nak kasitau yang ia cukup bermakna pada aku dan keluarga aku. Macamana? Kalau aku tersalah cakap, takut merosakkan hubungan, kang kalau aku diam je, dah aku pulak yang terseksa. Macamana nak buat ni?

Semua ada alasan sendiri. Aku pun ada alasan aku sendiri. Tetapi dalam keadaan seperti ini, ianya bukan masalah aku. Masalah mereka yang tidak selesaikan awal-awal.

Mereka fikirkan periuk nasi mereka sahaja. Ni, periuk nasi aku? Sapa nak jaga? Huh!

Hmm, kadang-kadang perkara macam inilah yang boleh merosakkan sesuatu hubungan. Bila masing-masing cuba menjaga diri masing-masing dan tidak mahu mengalah.

Biarlah, biarlah benda macam ni. Yang pasti, ianya takkan berulang lagi dalam hidup aku.

Aku cukup hairan, aku dipaksa membayar hanya kerana ingin menjaga periuk nasi orang lain. Dipaksa? Boleh je kalau aku nak desak, nak buat yang tidak elok, tetapi mengenangkan rakan, aku diamkan je.

Tetapi aku cuma nak kasitau, ianya tiada istilah halal dalam diri aku. Aku tidak akan menghalalkannya. Aku dah beritahu awal-awal, dan mereka yang suka-suka buat keputusan.

Aku tidak akan pernah menghalalkannya.


Ikhlas dari aku.




You Might Also Like

5 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email