Kad touch 'n Go. - ceritaejoy

Kad touch 'n Go.

12:00 PTG

Sejak aku berulang alik dari pekan telok mas ke alor gajah melaka, aku sering mengunakan highway  dan mengunakan lorong touch 'n go.

Bukan apa, senang kan bila guna lorong ni, kita hanya lalukan kad kita pada mesin yang ada di situ dan terus jalan. Kalau guna lorong tunai, ada sedikit lambat, sebab nak keluarkan tunai dan tunggu jurutol uruskan.

Dalam pada memandu tu, aku dok tenung kad touch 'n go aku tu. Sebab, waktu di tol ayer keroh, aku ternampak banner, yang mana banner tersebut memberitahu tentang, akan dilaksanakan penggunaan sepenuhnya kad touch 'n go pada semua lorong. Ini bermakna, tiada lagi lorong tunai.

Apa yang aku fikirkan adalah, bila tambah nilai kad ni, paling kurang aku akan tambah RM30 ( Ini mungkin berbeza pada orang lain), dan boleh terus digunakan.

Apa yang menjadi isu adalah, aku sudah membelanjakan wang tetapi belum menggunakannya. Kad ini, jika aku tak guna, boleh simpan dalam tempoh masa yang lama. Andaikan 3 bulan. Dalam masa 3 bulan tersebut, wang aku mungkin sudah dibelanjakan pihak tertentu.

Faham tak apa yang aku cuba ingin sampaikan? Sebab macam pening sikit kan? Hahahahha.

Macam ni, kalau guna lorong tunai, katakan kena bayar RM3.10, Jadi kita keluarkan duit dan bayar. Kalau ada RM30, maka baki di dalam dompet akan ada RM 26.90. Duit itu boleh digunakan untuk minum dan makan atau sebagainya.

Berbeza kalau kita tambah nilai RM30. Duit di dalam kad tu, tak boleh guna untuk bayar makan dan minum kita. Taktaulah kan, kalau-kalau gerai makan tepi jalan ada sistem untuk potong duit dari kad.

Jadi, isunya adalah, kita sudah mengeluarkan wang, dan wang kita sudahpun digunakan pihak tertentu lebih awal. Katakan kita keluarkan RM30 untuk tambah nilai pada bulan Januari. Tetapi habis pada bulan Mac. Memang benar, wang itu masih ada pada kita dan masih boleh digunakan walaupun sudah 3 bulan, tetapi sedarkah kita yang kita pegang itu adalah kad dan bukannya wang?

Ya, hanya kad. Yang mana boleh ditentukan dengan sistem. Tekan kat sistem nak nilai RM1000, automatik nilai kad kita adalah RM1000.

Nilai itu hanya pada sistem yang telah ditentukan. Manakala wang yang ada pada kita, tidak boleh ditentukan dengan sistem. Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya.

Rumusannya adalah, wang kita lebih awal diserahkan kepada pihak tertentu dan boleh digunakan mereka untuk tujuan tertentu.

Kalau tambah RM100 pada bulan januari dan kita habiskan pada bulan Disember, yang ada pada kita hanyalah kad. Dan adakah kita sedar, yang wang kita mungkin sudah digunakan lebih awal untuk tujuan tertentu?

Ini berbeza dengan pengunaan tunai. Kalau kita gunakan lebuh raya, barulah kita keluarkan tunai dan bayar. Jika tidak, wang itu boleh dibelanjakan untuk tujuan lain.

Jadi, jika dimansuhkan lorong tunai, semua pengguna samada kerap atau hanya pada musim-musim tertentu, perlu ada kad ini. Dan bila sudah mengunakan kad ini, perlulah menambah nilai. Dan terjadilah seperti yang aku ceritakan di atas.

Amacam? Faham tak? Hehehehehe.



You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email