Ini jawapannya. - ceritaejoy

Ini jawapannya.

9:20 PG

Aku sentiasa tertanya-tanya. Dan tercari-cari jawapannya. Kini aku sangat pasti dengan apa yang aku dapat.

Aku sering memerhatikan mereka-mereka yang sudah berusia tapi masih gagah bekerja demi mencari sesuap nasi.

Aku sering menyalahkan mereka, kerana aku percaya, ada kesilapan yang telah mereka lakukan, yang menyebabkan mereka masih perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan.

Tatkali aku melihat golongan ini, jawapannya masih sama. Tetapi, bila ia terjadi kepada aku, kini aku tahu sepenuhnya mengapa perkara seperti ini berlaku.

Mereka perlu bekerja bukan kerana mereka tidak berfikir panjang. Bukan kerana mereka tidak bersiap sedia untuk kehidupan masa tua mereka. Ini semua terjadi kerana desakan hidup! Tekanan ekonomi semasa. Yang mana, kewangan semasa mereka tidak mampu di bahagikan kepada simpanan. Semua hanya untuk perbelanjaan semasa.

Bayangkan kehidupan sekarang. Dengan ekonomi sekarang. Apakah cukup gaji RM1500? Apakah cukup perbelanjaan sebulan?

Ini yang menjadikan aku sangat hairan. Bila golongan atasan, yang kita semua sudah pasti pendapatan mereka lebih tinggi dari golongan bawahan, mengeluarkan kata-kata yang mereka mengikat perut! Apa benar kamu semua yang berada di atas mengikat perut? Jadi bagaimana kami yang berada di bawah ini?

Belum pernah aku melihat mereka yang berada di atas, masih gigih berusaha bekerja pada usia tua. Hampir kesemuanya menghabiskan sisa hidup mereka dengan aktiviti-aktiviti kesukaan mereka.

Yang biasa kita lihat adalah, orang-orang tua kelas pertengahan dan bawahan sahaja yang bekerja. Apakah salah mereka? Apakah mereka tidak berfikir tentang masa tua mereka?

Kasta kehidupan tidak pernah hilang daripada kehidupan manusia. Ianya diterjemahkan dengan peredaran zaman. Kita yang tidak sedar akan kehidupan ini.

Persoalannya sampai bila? Siapa yang mampu mengubah kehidupan ini menjadi lebih harmoni? Siapa?

Timbulnya permasalahan sosial atas kerana apa? Apakah mereka sekadar ingin mengisi masa lapang mereka dengan berbuat demikian? Apakah mereka tidak tahu nyawa mereka bukan murah? Apakah mereka suka di henyak, dipukul oleh orang awam? Apakah mereka dari golongan atasan? Apakah mereka memiliki kehidupan mewah?

Semua atas kerana apa? Kehidupan. Semua kerana kehidupan. Bercakap memang mudah. Memang ya. Bercakap itu mudah dan tindakan itu sukar.

Memang ya. Badan sihat. Sempurna tubuh badan. Boleh melakukan kerja. Memang ya. Boleh cari kerja. Tapi apa lagi masalahnya?

Masalahnya adalah pendapatan! Pendapatan itu yang menjadi masalahnya. Jika yang di atas, dengan gaji belasan atau puluhan ribu ringgit mengatakan pendapatan sebanyak itu juga tidak cukup, bagaimana kami yang berpendapatan rendah ini?

Aku sendiri sudah bekerja hampir 9 tahun, dengan "basic" gaji tidak sampai RM1500. Sudah bekerja selama ini, untuk dapat RM2000 sebulan juga sangat sukar. Jadi apakah cukup untuk perbelanjaan bulanan keluarga?

Bersyukur. Bersyukur masih ada kudrat untuk bekerja. Memang aku bersyukur. Tetapi melihat kepada kehidupan sekarang, apakah mampu anda harungi dengan hanya berkata bersyukur dengan apa yang ada?

"Nah gaji anda bulan ini. RM 1500. Aa, bersyukur ye kamu masih dapat gaji. Kata majikan. "

Ambil gaji dan bersyukur, gunakan untuk semua perbelanjaan, 2 atau 3 hari sudah habis wang itu. Dan bersyukurlah hingga ke hujung bulan. Amin.

Aku sekadar meluahkan apa yang aku fikirkan. Kini baru aku tahu jawapan kepada persoalan yang selalu bermain di dalam fikiran aku.

Bukan salah mereka. Bukan salah sesiapa. Bukan salah sang pencipta. Bukan salah yang maha esa. Bukan salah Takdir. Bukan salah kehidupan.

Jadi, pada apa ingin ditujukan kesalahan ini?

You Might Also Like

4 comments

  1. hahaha, sm ler...RM1500, sy travel lak tu sbn -alor gajah tiap2 ari..nk masuk 8thn..minyak naik ni lagi la terase...nk bwk bekal tiap2 ari..pukul bp sy nak bagun siapkan mknan...penat jgn citer la...

    BalasPadam
  2. bila basic kecil, perlukan masa utk ot..masa utk keluarga sudah terabai..

    BalasPadam
  3. Ayoi Kema. Kamu berulang sbn-alor gajah memang terasa minyaknya. Walaupun nilai RM0.20 tu kecil pada mereka, tapi besar nilainya pada kita. Sy yang duduk di alor gajah dan bekerja di alor gajah pun terasa. Hmm

    BalasPadam
  4. Mar mansor.. Yup, betul tue. Untuk dapatkan income lebih, kena buat OT. Bila OT, masa bermasa keluarga pasti berkurang. Dan sangat pasti, masa itu pasti tak akan kembali.

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email