Harga minyak naik bermula hari ini. - ceritaejoy

Harga minyak naik bermula hari ini.

9:23 PG

Aku sebenarnya tersalah baca surat yang dihantar melalui aplikasi "whatapps" oleh rakan-rakan aku semalam. Yang mana dalam surat itu dikatakan "subsidi" akan dikurangkan sebanyak RM0.20.

Aku yang baca tetapi tidak betul-betul memahami terus kongsikan dengan kawan-kawan, yang mana harga minyak akan dikurangkan RM0.20. Rupa-rupanya, subsidi kerajaan dikurangkan, dan ini bermakna harga minyak akan naik sebanyak RM0.20.

Naik lagi?? Itu adalah ayat biasa tetapi memberi makna luar biasa. Terus terang aku katakan, aku tidak pernah tahu berapa harga untuk 1 liter minyak di malaysia. Yang aku tahu adalah, pergi ke stesen minyak, bayar dengan kuantiti tertentu dan pam minyak ke dalam tangki minyak kereta.

Aku akui, aku adalah manusia yang tidak berapa ambil pusing dengan keadaaan sekeliling. Harga minyak ini contohnya.

Apa yang biasa berlaku apabila kerajaan mengumumkan harga minyak yang baru, kenderaan akan berpusu-pusu ke stesen minyak untuk mengisi minyak kenderaan mereka. Dan ini akan menyebabkan sedikit kesesakan lalu lintas.

Aku sempat bertanya kepada rakan aku. Kenapa dia sanggup beratur panjang untuk mengisi minyak. Ini kerana, minyak itu pasti habis dan dia akan kembali mengisi minyak dengan harga yang baru. Ini jawapannya:

" Sekurang-kurangnya, aku dah jimat RM0.20 seliter untuk hari ini"

Dan ternyata, nilai itu begitu tinggi pada mereka-mereka yang memahami erti kehidupan sederhana dan rendah.

Usah pandang pada mereka yang berada di atas. Pandang ke bawah, lihat pada mereka yang bersusah-payah mencari sesuap nasi. Yang menjaga banyak perut. Yang berusaha untuk terus hidup! Golongan ini yang perlu di pandang.

Apakah bantuan kepada mereka? Apa cukup gaji yang di berikan? Usaha? Tak usah bercakap lagi tentang usaha. Usaha yang kuat, jika tiada bantuan, tiada sokongan, kemana perginya?

Banyak yang memberi bantuan? Terlalu banyak yang perlu dilalui oleh mereka untuk mendapatkan hanya "secebis" bantuan.

Lebih-lebih lagi pada mereka yang hanya memandang kearah "keluarga" semata-mata.

Golongan ini yang perlu di pandang. Mereka yang tersorok di balik-balik daun pokok. Yang tidak kelihatan di mata, tetapi mengalir di dalam jiwa.

Kehidupan semakin menekan, ekonomi semakin meningkat, apakah pendapatan juga selaras dengannya?

Bantuan yang diberi, jika dibahagikan dengan 1 tahun. Dalam lingkungan RM50.00 sahaja. Apa cukup nilai sebanyak itu untuk satu keluarga?

Aku berkata hanya kerana aku merasa. Aku tetap berasa bersyukur dengan nikmat Allah. Yang memberi kenikmatan hidup di sini. Allah mengizinkan kita hidup dalam keadaan aman. Alhamdulilah. Syukur padamu Ya Allah. Masih diberi nafas untuk terus berada dibumi mu Ya Allah. Mencari rezeki yang diberkati olehmu Ya Allah. Amin. Amin. Amin.

You Might Also Like

1 comments

  1. Memang bersyukur hidup dalam keadaan aman. Takde kereta kebal kt luar rumah. Takde bom jatuh dari jet pejuang. Tapi kalau asik naik cenggini tak aman lagi dahm huhuuuhu.. Btw jemput join GA yang AB buat ni ye

    http://aksarabiruu.blogspot.com/2014/10/giveaway-by-gobokita-aksara-biru.html?m=1

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email