gurauan biar berpada-pada. - ceritaejoy

gurauan biar berpada-pada.

5:01 PTG

Aku hanya menangis di dalam hati, bila mana terbaca kisah pelajar sekolah yang maut akibat terjatuh dari bumbung dewan sekolahnya.

Apa yang membuatkan aku merasa sangat sebak adalah kerana, bila mana mengetahui yang arwah dari golongan mereka berpendapatan rendah.

Mereka yang berada di dalam kelompok ini, kebanyakkannya akan benar-benar menghargai setiap apa yang ada bersama mereka. Kerana mereka tahu, bukan mudah untuk mereka mendapatkannya.

Bila aku terbaca cerita seperti ini, aku pasti teringat apa yang pernah aku lalui semasa aku kecil dahulu. Ianya tak mungkin akan luput daripada fikiran aku.

Gurauan rakan sebaya seperti ini pada aku, terlalu melampau. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kematian.

Sewaktu aku bersekolah di dalam kem tentera. Aku tinggal di asrama tentera. Gurauan rakan ketika itu juga pada aku cukup melampau.

Sewaktu aku tidur, dalam keadaan mengiring, mereka letakkan pisau di tengah-tengah badan aku. Yang mana mata pisau itu dihadapkan kepada badan aku. Aku sendiri terfikir-fikir, apa akan terjadi jika ianyanya terkena badan aku. Syukur ada sahabat yang kejutkan aku, dan mengangkat pisau tu.

1 lagi peristiwa yang aku ingat sampai sekarang, ada 1 malam, mungkin sahabat aku ni, baru lepas tengok filem, dengan sebilah pisau di tangan, dia datang kepada aku dan seperti melibas parang pada aku, dengan arahan, " Elak joy, Elak".

Aku waktu itu pun ikut sahaja arahannya, dan bila dia cakap, "tahan joy", secara automatik tangan aku menahan pisau tu, dan apa yang terjadi? Ya. jari aku seperti di hiris-hiris. Kena aku 4 jahitan malam tu.

Gurauan memang perlu untuk mengurangkan stress dan merapatkan hubungan. Tetapi, bila sampai kepada gurauan yang membawa kepada musibah, ia hanya memberi keburukan sahaja.

Contohnya seperti inilah, gurauan yang membawa kepada kematian. Inilah yang perlu kita elakkan.

Semoga rohnya dirahmati oleh Allah.

Amin.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email