Filem melayu. ~ Ceritaejoy Filem melayu. - Ceritaejoy

Filem melayu.

9:37 PTG

Aku bukan bertujuan nak menjatuhkan filem melayu. Tetapi hakikatnya ini yang berlaku. Kita membayar harga tiket yang sama untuk filem luar negara. Tetapi yang membezakannya adalah "kepuasan".

Kita tak perlu menunggu cerita habis untuk mengetahui pengakhiran cerita. Inilah filem melayu. Kita ibarat membayar tiket hanya untuk bersantai menonton filem. Tak perlu juga berfikir.

Filem yang hebat adalah, filem yang mana, penonton salah sama sekali tentang pengakhiran cerita. Dan memaksa penonton untuk berfikir! Filem seperti ini yang kita mahukan. Kita tidak mahu duduk sahaja di pawagam. Kalau nak duduk saja, baik duduk di rumah sahaja. Kita mahukan kepuasan!

Tidak berniat untuk menjatuhkan filem melayu. Aku sendiri menyokong filem-filem melayu. Tetapi aku tidak mendapat kepuasan seperti mana aku menonton filem luar negara.

Bukan mudah menghasilkan sebuah filem. Aku akuinya. Dengan modal dan jalan cerita. Jadi ia seharusnya berbaloi!

Sekali lagi, aku tidak berniat menjatuhkan filem melayu. Aku cuma berharap sebuah filem berkualiti. Sama kualitinya dengan filem luar.

Aku teringin juga menghasilkan filem. tetapi didalam menghasilkan jalan cerita. Hehehehehe.

:)

You Might Also Like

0 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Recommended For You