Demam rupanya. - ceritaejoy

Demam rupanya.

11:01 PG

Berbalik kepada cerita aku pagi tadi, akibat daripada ketidakselesaan tubuh badan aku, aku membawa diri ke klinik untuk pemeriksaan doktor.

Malas sebenarnya nak ke klinik ni. Aku tak pasti kenapa, tetapi klinik lah tempat yang aku paling malas nak datang. Selamatlah Doktor yang bertugas hari ini cantik. Ulps!

Setelah diperiksa, suhu badan aku mencecah 38.3c. So, doktor cakap aku demam. Sebenarnya suhu badan manusia normal berapa yer? Ayaks.

Jadi, dipaksanya aku makan ubat waktu tu juga. Pelik juga, biasa suruh makan lepas daripada periksa pesakit. Ini doktor tu paksa aku makan waktu tu juga. Hmm ( Dia tahu ke aku tak suka makan ubat?). Terpaksa la aku telan juga. Rasa macam telan batu.

Tapi, yang paling penting adalah, aku dapat time slip ataupun surat rehat. Dan surat ini menunjukkan waktu aku boleh berehat sehingga jam 1600. Wahahahahahha! Ini paling menyeronokkan. Terus hilang demam aku ni.

Nak siap-siapkan tempat tidur ni. Kalau ada tilam dengan bantal (amboi, macam kat rumah pulak kan) lagi seronok.

Nak letak tagging kat luar bilik, " tolong jangan ganggu, saya sedang berehat". Boleh ke? Wahahahahha.

Hilang terus sakit aku kan.

Ok, rakan-rakan blogger sekalian, saya nak sambung tidur ye. Mohon maaf kalau ada terkasar bahasa (macam hari raya pula).

Daaa~


You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email