Dasar manusia tak ada akal!! - ceritaejoy

Dasar manusia tak ada akal!!

9:47 PG


Apa perasaan anda bila melihat gambar di atas? Marah? Benci? Rasa macam nak pijak-pijak orang yang buat macam ni? Ini di lakukan oleh manusia yang tak berakal.

Aku tak pasti, apa yang bakal aku buat kalau aku berdepan dengan kejadian seperti ini. Cuba bayangkan jika anak-anak anda diperlakukan seperti ini. Cuba bayangkan. Apakah perasaan anda ketika itu.

Pengasuh kanak-kanak sekarang ni, semakin menjadi-jadi. Alasan kenapa kanak-kanak ini diperlakukan seperti ini adalah kerana beliau nakal. Hanya kerana nakal? Apa kau nak tengok aku pulak ikat kau macam ni?

Huh. Perasaan keluarga mana yang mampu bersabar bila berhadapan dengan perkara seperti ini. Allahuakbar. Pasti luluh hati dan perasaan kita.

Mula-mula bila aku melihat pada gambar ni, dah mula rasa geram sangat-sangat. Nama pun kanak-kanak, sifat nakal itu pasti ada. Itu tak pelik. Yang pelik adalah yang dewasa tapi masih nakal. Itu pelik. Itu baru boleh ikat. Sebab dah besar, dah boleh faham bahasa. Ini budak-budak kecik. Apa yang meraka ni faham?

Atas sebab itulah, anak aku dijaga oleh isteri. Ini semua disebabkan perkara-perkara seperti ini. Sebenarnya banyak lagi perkara yang tidak diketahui umum.

Rakan aku menghantar anaknya di taska. Di taska tersebut, ramai anak-anak kecil. Yang sedikit besar dari anak rakan aku, memukul-mukul anak beliau dan dibiarkan sahaja oleh pengasuh. Pengasuh hanya memandang tanpa berbuat apa-apa?

Zaman sekarang, kalau berharap pada 1 pendapatan, agak sukar untuk menjalani kehidupan, perlu ada 2 pendapatan. Bila suami isteri bekerja, anak-anak perlukan pengasuh. Jadi, di situlahlah risiko yang perlu ditanggung oleh para ibu bapa.

Aku berharap, Allah membalas perbuatan manusia seperti ini. Dan minta dijauhkan daripada aku dan keluarga. Amin.

Baca lanjut di sini: Reman pengasuh 3 hari



You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email