Dah masuk 4 hari. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Dah masuk 4 hari.

Masuk hari ini, dah 4 hari aku terasa malas sangat-sangat nak kerja. Aku sendiri tercari-cari apakah masalahnya. Hingga saat ini, aku seperti memaksa diri untuk datang bekerja.

Apakah maknanya semua ini? Apakah aku sudah cukup bosan dengan persekitaran tempat kerja aku sekarang? Atau aku sudah bosan dengan kerja yang aku lakukan.

Dah hampir 9 tahun aku bekerja di dalam industri ini. Dan selama itulah, aku melakukan kerja yang sama. Mungkin tempoh ini masih rendah pada sebahagian orang, tetapi ianya cukup lama pada aku.

Aku menginginkan suasana kerja yang segar. Dan sentiasa berubah-ubah. Aku juga mengimpikan ruang kerja yang tinggi.

Tinggi? Ya. Aku sukakan ruang kerja yang tinggi dengan ruang yang terbuka. Ruang bekerja aku sekarang di tingkat 1 dan bertutup. Hanya boleh lihat rakan sebelah, hadapan dan belakang.

Mungkin ini juga sebabnya, aku ingin mencari rumah yang tinggi. Tetapi ianya terbatas dek kerana anak aku yang masih kecil. Dengan cerita yang pelbagai, betul-betul menakutkan aku.

Apa yang perlu aku buat untuk mengembalikan semangat bekerja aku? Aku tercari-cari apa yang perlu aku lakukan.

Hmmm..
loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com