Bersyukur. - ceritaejoy

Bersyukur.

5:13 PTG

Aku sangat bersyukur dengan kerjaya aku sekarang. Mengapa? Mari aku kongsikan sedikit mengapa aku sangat bersyukur bekerja di sini.

Aku tidak mempunyai diploma, ijazah dan sebagainya. Aku hanya mempunyai sijil yang aku sendiri tak pasti samada ia laku atau tidak. Kenapa? Perkara pertama bila aku dapat sijil waktu aku belajar di kolej dahulu adalah, pergi ke kedai untuk buat salinan.

Penjaga kedai ketika itu memberi aku soalan yang membuatkan aku terasa sangat rendah diri.

" Ini sijil ke kertas A4 dik? Sijil macam ni mana laku, macam buat sendiri je?"

Bila aku tengok balik, memang macam dikeluarkan sendiri oleh pihak kolej. Nampak tiada "gah".

 Lama juga aku mencari kerja. Alhamdulilah. Dapat peluang kerja di mana tempat aku kerja sekarang.

Aku hanya berpangkat rendah disini. Tetapi, aku mampu buat kerja seorang pengurus jika aku mahu. Aku mampu buat kerja seorang engineer jika aku mahu.

Di tempat aku bekerja sekarang, pangkat tidak menghalang kita dari belajar. Jika ada keinginan aku boleh belajar hingga ke tahap tertinggi.

Kini, aku mendapat peluang bekerja dengan seorang engineer. Belajar bagaimana ingin membina kilang! Hebat! Aku sukakan cabaran. Kerja seperti ini biasanya dilakukan oleh mereka yang berpangkat tinggi sahaja. Tetapi tidak di tempat aku bekerja sekarang.

Ternyata, jika kita mahu mencari ilmu, kita tidak terhalang oleh keadaan sekeliling. Jika kita benar-benar mahukan, semua akan jadi mudah.

Jangan pernah menghalang diri daripada mencari ilmu. Halangan yang ada perlu ditempuh. Kerana banyak kebahagian yang akan kita peroleh bila mana kita berjaya memenuhkan diri kita dengan ilmu.

Terbaik!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email