Wajah anak lelaki sama dengan ayah. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Wajah anak lelaki sama dengan ayah.

Orang cakap, kalau muka anak lelaki, sama dengan ayah. Mesti panas. Yeke?

Panas di situ bermaksud tak boleh dekat. Mesti nak marah je. Korang pernah dengar tak perkara seperti ini? Atau ada alaminya?

Aku rasa ada betulnya, anak lelaki aku, rupa parasnya sama dengan aku, bukan setakat rupa, malah peribadinya juga lebih ke arah peribadi aku. Bila aku dukung anak aku, aku pasti akan cubit-cubit peha, badan, or laga-lagakan kepala dengan anak aku. Geram! hehehehe. Isteri sudah pasti akan mengomel.

Aku betul-betul tak boleh dekat dengan anak aku. Bila di tempat kerja, aku terlalu rindukan dia. Balik rumah, peluk-peluk sekejap, lepas tu, mesti geram tu datang. Kesian juga pada dia, kadang-kadang sampai merah belakang badan dia di kerjakan aku. Hish.

Isteri aku beri petua, kalau muka anak lelaki sama dengan ayah, kena tindik sebelah telinga dia. Apakah?!! Itu petua yang sangat mengarut pada aku! Mana boleh lelaki bertindik. Mana punya petua la isteri aku ikut. Hish.

Pada pandangan aku, ia mungkin bersifat sementara. Walaupun aku selalu buat camtu dekat anak aku, tapi aku jugalah yang dia cari. Hehehehhe.

Anak kan, kena la sayang, itu anugerah Allah. Harta yang tidak boleh dibeli.

H.I
loading...

2 ulasan:

  1. Ada kawan aku ni rupa dia memang sama 90% dengan ayah dia. Kalau tengok dari jauh memang tak boleh nak beza kan. Dia selalu gaduh dengan bapak dia. Ada je yang tak kena. Panas katanya. Masa dia kecik2, nenek dia dah tindik kan telinge.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com