Tips kedai makan ramai orang. - ceritaejoy

Tips kedai makan ramai orang.

1:49 PTG

Aku saja buat entry ini. Bukan kerana apa, banyak berlaku dalam kehidupan aku kebelakangan ni. Baru-baru ni, aku bawa keluarga makan di sebuah restoran ( Aku gelarkan restoran sebab kedai makan tu besar). Terasa nak makan goreng pisang cheese. Terus terang juga aku katakan, ianya tidaklah sesedap mana. Ini adalah pada pandangan aku. Mungkin sedap pada orang lain, tidak pada aku.

Jadi, aku order makanan lain. Untuk ambil order sahaja sudah memakan masa yang sangat lama! Kemudian, order menu lain, menu lain yang sampai. Jika anda berada di tempat aku, apa yang akan anda buat. Aku tengok keadaan sekeliling, patutlah tak ramai orang.

Jadi, sebagai pelanggan, aku rasakan, ini yang patut para peniaga praktikkan, supaya kedai makan mereka sentiasa penuh dengan pelangan.

1. Pastikan meja sentiasa kemas dan bersih.

Mesti rasa tak selesa kalau meja makan tidak bersih atau melekit. Ada pula meja makan yang tidak berkemas. Mungkin kedai makan itu tidak mempunyai pekerja yang cukup. Tetapi, para pelangan tidak mahu tahu tentang itu. Jadi, sentiasa pastikan meja makan sentiasa bersih dan tidak melekit.

2. Ambil order dengan cepat.

Lumrah la kan. Orang kita kalau ke kedai makan. Mereka mahu dilayan seperti raja. Jangan biarkan pelangan menunggu terlalu lama. Sentiasa pastikan pelangan dilayan sebaik sahaja mereka duduk atau memasuki kedai makan.

3. Makanan siap dengan cepat.

Bila dah ambil pesanan, kena la beri tempoh masa tertentu. Macam restoran besar, mereka memberi tempoh masa tertentu untuk makanan disiapkan. Pernah hadapi situasi, yang mana air minuman sudah habis diminum tetapi makanan yang dipesan masih belum sampai? Bagaimana anda menghadapi situasi ini?

4. Keselesaan.

Bila pelangan selesa, mereka akan kerap datang ke kedai makan kita. Kalau makanan sedap, tetapi suasana kedai makan tidak selesa, pun tidak menjamin pelangan akan ramai.

5. Pastikan makanan yang dipesan adalah betul.

Mesti sakit hati kalau kita order makanan lain, makanan lain pula yang sampai. Sentiasa pastikan makanan yang dipesan adalah betul dihantar kepada pelangan.

6. Buat kotak khas untuk pelangan beri pendapat mereka.

Biasa tengok kan kotak ni? Ada bagusnya. Ini kerana kita boleh mengetahui apakah kelemahan kedai makan kita. Dari situ, kita boleh membuat penambah baikkan.

7. Ruang parking.

Masakan dan sedap. Ruang parking pula tiada. Ini juga memainkan peranan yang penting.

8. Ruang khas untuk anak-anak kecil.

Tak perlu besar-besar. Cukup ruang kecil untuk mereka. Ini untuk fokuskan mereka pada satu tempat. Mesti tak selesa kalau kita sedang makan, kemudian diganggu dengan suara dan teriakan mereka. Kena pula kalau mereka main lari-lari berdekatan dengan meja makan kita. Kan?

9. Hadiah khas untuk pelangan.

Mungkin boleh sediakan air sirap percuma atau buah-buahan percuma. Kan orang kita suka dengan benda yang percuma. Hehehehe.

10. Pelanggan adalah bos.

Bila sebut bos, kena la layan baik-baik. Kita mahukan mereka datang ke kedai kita, jadi, sentiasalah layan pelangan sebaik mungkin. Sentiasa senyum dan berpakaian dengan baik. Bila pelangan datang ke kedai makan, mereka tidak hanya memandang pada makanan, tetapi kepada setiap pekerja juga. Jadi, hargailah pelangan anda walaupun mereka hanya membeli barang yang paling murah di kedai anda.


You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email