Tak mampu halang kebencian. - ceritaejoy

Tak mampu halang kebencian.

1:00 PTG


Aku seorang manusia yang tidak mampu, sorokkan perasaan marah dan perasaan tidak suka. Aku tidak suka menjadi manusia " Talam 2 muka". Dan jika aku tidak suka kepada seseorang, aku akan perlihatkan perkara itu.

Adakah ia perkara yang baik atau sebaliknya? Pada pemikiran aku, sifat tikam belakang dan bermuka-muka ini adalah lebih teruk. Tetapi, ini yang biasa dipraktikkan oleh ramai orang.

Selalu saja aku berjumpa dengan mereka-mereka yang suka tikam belakang. Depan, memuji, berbual seperti semuanya normal, tapi, bila di belakang, hampir semua tidak kena.

Dan aku, aku perlihatkan, samada diam atau mengambil langkah untuk berjauhan, agar tidak termasuk dalam golongan yang aku sebutkan di atas.

Dan, seperti biasa, pasti ada yang menjauhkan diri daripada aku kerana sifat ini. Yelah, bila semua orang mengutuk dan mengata, dan aku pula mendiamkan diri, mereka menuduh aku, berpihak kepada si polan.

Hakikatnya, jika aku tidak suka kepada si polan, aku tunjukkan kepada si polan, tetapi aku tidak suka juga sifat mereka yang tikam belakang ni.

Sifat seperti ini, adalah seperti racun yang masuk ke darah, membunuh secara perlahan-lahan. 

Aku tidak pernah kisah, jika ada yang menjauhkan diri dengan aku kerana sifat aku ini. Sekurang-kurangnya aku tidak bermuka-muka. Menjaga hati di mulut tidak di hati.

Apa benar tindakan aku ini atau aku perlu turut serta dengan mereka?

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email