Syarat untuk mati. - ceritaejoy

Syarat untuk mati.

4:07 PTG

Duduk-duduk petang ni, aku tetiba terfikir. Soalan ini pernah aku tanyakan pada isteri aku.

" Sayang, apa syarat untuk seseorang itu mati?"

Macam biasa respon pertama beliau, mestilah riak muka. Yelah, tetiba soalan ini yang aku tanyakan, mesti la dia terperanjat. Kemudian, keluarlah beberapa jawapan,

" Mesti dah penuh amal ibadat, banyak bertaubat dan macam-macam lagi".

Aku biarkan dia dengan jawapan untuk sepanjang hari, pada malamnya, baru aku beritahu jawapan kepada beliau.

Jawapan untuk syarat sesorang itu mati adalah beliau mestilah seorang yang HIDUP.

Ya! Mesti hidup. Mana-mana manusia yang hidup sudah memenuhi syarat untuk mati. Jadi, kita semua sudah memenuhi syarat itu. Dan bila-bila masa sahaja, mati itu akan datang.

Siapa yang tahu bila dia akan mati? Kenapa mati itu dirahsiakan? Kenapa tidak diberitahu sahaja tarikh kematian seseorang itu?

Inilah indahnya kehidupan. Ini yang aku fikirkan, mengapa dirahsiakan mati itu. Supaya kita sentiasa rajin beribadat. Supaya kita sentiasa dekat dengan pencipta. Dan, terdapat kenikmatan disitu. Indahnya mati untuk mereka yang cintakan agama, sentiasa dekat dengan agama.

Tapi, ianya tidak semudah yang di sangka. Mati itu bukanlah boleh dipilih caranya. Ia datang tidak mengira tempat. Ada yang sempurna perginya, ada yang tidak. Ada yang mudah, ada pula yang tidak. Itu bahagian mereka. Bagaimana pula dengan kita? Adakah pernah kita fikirkan?

Nabi muhammad S.A.W, sewaktu menghadapi mati, juga merasakan azabnya. Dia rasul yang dicintai Allah. Dia juga merasa sangat sakit bila kematian menjemput. Bagaimana pula dengan kita yang tidak mempunyai apa-apa?

:'( 

Aku sendiri memikirkan bagaimana dengan aku. Bila aku cuba kongsikan dengan rakan-rakan, mereka kata, tidak perlu untuk fikir sangat. Apakah mereka tidak tahu, yang perkara paling dekat di dalam dunia adalah kematian?

Apa sudah benar-benar cukup amalan yang ingin di bawa? Apa sudah cukup berani berhadapan dengannya? Apa sudah tahu apa yang bakal diterima kelak?

Aku sentiasa ingatkan diri dan keluarga agar sentiasa memikirkan perkara ini. Selalu simpan di dalam minda. Jika kejahatan yang ingin dilakukan, fikir dahulu perkara ini. Jahat disitu bukanlah apa, aku selalu berpesan kepada isteri dan anak aku. Berkata buruk tentang seseorang itu juga adalah satu bentuk kejahatan.

Jadi, sentiasalah beringat, untuk aku, keluarga, untuk kawan-kawan juga.

:'(

Dan, Sekali lagi soalan yang ingin aku tanya:

"Apakah syarat untuk mati?"

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email