saba teriyaki - ceritaejoy

saba teriyaki

2:21 PTG


Rasanya, dalam banyak-banyak makanan jepun, ini lah yang betul-betul menarik minat aku untuk makan. Sampaikan, kalau rehat tengahari, aku mesti tengok menu. Kalau menu ini ada, sudah tentu ini yang menjadi pilihan.

Aku suka menu ni sebab ada ikan + nasi ( Nasi jepun macam pulut sket), makan dengan sup yang disediakan. Bila aku makan sup jepun ni, aku teringat waktu dihantar bekerja di thailand 2 tahun dulu. Aku menetap di natural place apartment. Dekat sini, banyak japanese. Kami sarapan pagi dekat 1 restoran japan kat apartment ni. Sup yang  sama kami makan. Semua makan tak ingat dunia. Dah kenyang-kenyang tu, terus ke tempat kerja. Sampai sana, kami punya bos besar ( orang jepun) tanya apa yang kami makan pagi tadi, kami pun cerita. Tetiba muka dia sikit berubah. Ambil hp, terus call management apartment tu. Juga orang jepun. Bahasa sedikit kasar bunyinya. Sesudah selesai telefon, dia kasitau kami, yang pihak management hotel memang tersalah hidang sarapan pada kami. Sup yang kami makan tu, sebenarnya sup b**i. Erks! Apa!! 

Lama jugaklah aku nak betulkan balik minda aku ni. Last-last, ada seorang member ni cakap,apa nak buat, dah termakan. Lepasni, janganlah makan lagi. 

Itu sedikit pengalaman makan sup-sup jepun ni. Dekat malaysia tak perlu risau. Sebab semua halal. Bila di negara orang, perlula berhati-hati sikit.

Apa pun, makanan ini memang sedap. hehehehehehhe.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email