Rezeki masing-masing. ~ Ceritaejoy Rezeki masing-masing. - Ceritaejoy

Rezeki masing-masing.

3:49 PTG

Jika nak cerita pasal rezeki ni, banyak cabangnya. Apa yang aku nak kongsikan adalah, rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah pada setiap hambanya.

Ada yang bekerja biasa-biasa sahaja, tetapi besar gajinya, ada yang bekerja sangat teruk, tetapi kecil sahaja pendapatannya.

Itu semua sudah ketetapan. Tetapi, apa yang selalu bermain di fikiran aku adalah, apakah ianya benar-benar ketetapan?

Ada yang hanya menyalahkan rezeki dan terus-terusan bekerja tanpa ada usaha untuk memajukan ekonomi. Memang ya, ini sudah ditakdirkan, tetapi kita boleh berusaha untuk memajukan diri.

Kita boleh mencuba banyak perkara baru di dalam pencarian rezeki. Sekarang ni, melalui internet sahaja boleh menjadikan seseorang itu menjadi jutawan. Semuanya serba mudah. Apa yang perlu ada pada seseorang itu adalah kreatif.

Kelebihan memandang sesuatu yang tidak mampu dilihat orang lain juga adalah suatu perkara yang hebat pada seseorang individu. Jadi, mengapa hanya menyalahkan takdir semata-mata?

Tidak ada orang yang mengubah nasib kita kalau kita sendiri tidak mahu mengubah nasib kita. Perlu ada usaha yang kuat untuk maju dan berjaya.

Jika pendapatan bulanan sekarang adalah RM2000. Kita boleh usahakan pendapatan kita kepada RM5000 sebulan. Kemudian kepada RM7000, dan semakin meningkat dan meningkat.

Jangan hanya melihat gaji orang sahaja. Dan berkata, itu semua rezeki masing-masing. Kita juga boleh seperti mereka. Yang penting usaha dan ilmu.

Jadi, Apa yang perlu kita buat untuk melayakkan diri kita di gelar jutawan?


You Might Also Like

1 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Recommended For You