• Breaking News

    18 September 2014

    Panas terik!

    Hari ini aku bekerja bawah matahari. Lama sebenarnya tak bekerja panas-panas macam ni. Yelah, duduk office kan. So, aku sangat seronok untuk berpenat hari ini. Yeah!

    Bersama dengan team yang best, kami mencari masalah yang datang dari member-member production. Kena periksa satu-satu produk yang sudah dibuat. Memang mencabar, bawah panas matahari, tiada bumbung, tiada kerusi yang selesa, tiada teh dan biskut. Hehehehe.

    Aku terfikir, bagaimana keadaan dan situasi diri mereka yang bekerja sebagai buruh kasar. Sangat memenatkan bukan? Lagi-lagi mereka yang bekerja menyiapkan bangunan-bangunan besar di malaysia ni. Fuh! Demi mencari sesuap nasi, ia terpaksa diharungi mereka. Aku sangat bersyukur, bekerja dengan keadaan yang sangat selesa tidak seperti mereka. Alhamdulilah.Syukur.

     Bekerja bawah matahari ni, cukup kena dengan air kosong dan sejuk! Fuh! Terasa sangat menyegarkan. Tidak perlu air-air yang berperisa. Rasa macam air kosong itu sangat mahal nilainya.

    Bila dah terlalu lama bekerja di office, dan sesekali bekerja macamni, kaki memang sangat lenguh. Kan? Jadi, terasa macam nak berendam lama-lama dalam tab mandi bila balik kerja nanti. Hehehehhe.

    Kalau dapat yang macam ni, best jugakkan?


    Apa pun, aku sangat penat harini. Mesti malam ni, tidur akan menjadi sangat lena. :)

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

    Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

    Blogger Malaysia