Pada siapa hendak mengadu. - ceritaejoy

Pada siapa hendak mengadu.

10:51 PG

Aku masih diselubungi masalah perumahan. Sehingga kini pemaju masih berdolak dalih. Awalnya rakan aku, yang membeli rumah di taman yang sama, menelefon pemaju. Bertanyakan status rumah. Pemaju memberikan alasan bahawa masih ada 21 surat sokongan yang perlu di sah kan.

Baru sebentar tadi aku telefon pemaju, bertanyakan soalan yang sama. Dan pemaju memberitahu, mereka tinggal lagi 4 surat sokongan. Dan bila di tanya, bila aku boleh dapat kunci rumah, pemaju hanya kata bulan 9 atau bulan 10.

Alasan ini dah aku terima dari bulan 6. Bayangkan, alasan yang sama digunakan dari bulan 6. sekarang dah bulan 9. Dah 3 bulan! Rumah sudah siap sepenuhnya. Apakah masalah sebenar pemaju? Cakap boleh dapat bulan 10? Call bulan 10, ok, rumah akan dapat bulan 11, sampai bila?

Pada siapa aku boleh utarakan perkara ini? Pada siapa? Pada peguam? Jawapan mereka, kita kena tunggu perjanjian selama 2 tahun pembelian. Jika lebih, baru kita boleh buat tuntutan ganti rugi.

Maknanya kena tunggu 2 tahun?? Apakah? Mesti tunggu 2 tahun baru boleh dapat rumah ke? Persoalan aku adalah, jika bawah 2 tahun, apa yang aku boleh lakukan? Ada tak cara lain selain tunggu selama 2 tahun tu?

Ini masalah utama aku sekarang. Kerana aku menangung semua perbelanjaan seorang diri. Dalam proses aku mengukuhkan kewangan, masalah ini sangat membebankan aku!

Jadi, apa yang aku boleh buat untuk kes seperti ini?

Ada sesiapa boleh membantu?

H.I

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email