#Jumaat : Nabi Adam kenal Nabi Muhammad S.A.W - Ceritaejoy

Header Ads

#Jumaat : Nabi Adam kenal Nabi Muhammad S.A.W

Aku terdengar tentang cerita ini dari rancangan 30minit Ustaz Don. Yang mana beliau berkongsi 1 perkara tentang kebesaran Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Adam, nabi yang pertama dicipta Allah, sudah mengenal Nabi terakhir, Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimana dia boleh mengenal seorang manusia yang belum dilahirkan dan berbeza jarak yang sangat lama dari zamannya? Ini betul-betul menarik perhatian aku.

Jadi, aku search perkara ni dengan pakcik google dan inilah yang aku jumpa:


Nas hadis:
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : ” لَمَّا اقْتَرَفَ آدَمُ الْخَطِيئَةَ ، قَالَ : يَا رَبِّ ، أَسْأَلُكَ بِحَقِّ مُحَمَّدٍ لَمَا غَفَرْتَ لِي ، فَقَالَ اللَّهُ : يَا آدَمُ ، وَكَيْفَ عَرَفْتَ مُحَمَّدًا وَلَمْ أَخْلُقْهُ ؟ قَالَ : يَا رَبِّ ، لأَنَّكَ لَمَّا خَلَقْتَنِي بِيَدِكَ وَنَفَخْتَ فِيَّ مِنْ رُوحِكَ رَفَعْتُ رَأْسِي فَرَأَيْتُ عَلَىَ قَوَائِمِ الْعَرْشِ مَكْتُوبًا لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ ، فَعَلِمْتُ أَنَّكَ لَمْ تُضِفْ إِلَى اسْمِكَ إِلا أَحَبَّ الْخَلْقِ إِلَيْكَ ، فَقَالَ اللَّهُ : صَدَقْتَ يَا آدَمُ ، إِنَّهُ لأُحِبُّ الْخَلْقِ إِلَيَّ ادْعُنِي بِحَقِّهِ ، فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ وَلَوْلا مُحَمَّدٌ مَا خَلَقْتُكَ ”
Maksudnya: Daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a. bahawa beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika Adam as melakukan kesalahan lalu baginda berkata: “Wahai Tuhan, saya memohon dengan hak Muhammad, tidakkah kamu sudi mengampuniku?” Allah s.w.t. lalu berfirman: “Wahai Adam, bagaimana kamu kenal Muhammad sedangkan aku belum menciptakannya lagi?” Beliau menjawab: “Wahai Tuhan. Ia kerana, ketika Engkau menciptakanku dengan yadd (kekuasaan)-Mu, lalu Engkau tiupkan padaku daripada roh-Mu, lalu aku mengangkat kepalaku, maka aku mellihat di atas tiang-tiang Arasy telah tertulis “La ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah’. Maka, aku ketahui bahawa Engkau tidak akan menggandingkan sesuatu kepada nama-Mu melainkan seseorang yang kamu paling sayang dalam kalangan makhluk-Mu di sisi-Mu.” Lalu Allah s.w.t. berfirman: “Benar wahai Adam, sesungguhnya Baginda adalah makhluk yang paling disayangi di sisi-Ku. Berdoalah kepada-Ku dengan hak Baginda. Maka sesungguhnya, Aku telah ampunkan kamu. Jika bukan kerana Muhammad, nescaya Aku tidak menciptakan kamu.”

Apabila Nabi Adam mengangkat kepalanya, beliau terlihat ayat yang tertulis:  
لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
Dari situ Nabi Adam ketahui, bahawa akan ada nabi yang sangat istimewa di sisi Allah. Kerana namanya diletakkan disebelah nama Allah.
Di sebut Lailahaillallah muhammadarrasulullah. 
Inilah kebesaran Nabi kesayangan semua, Nabi Muhammad S.A.W. Yang tidak ada pada nabi lain. Namanya sahaja sudah cukup mengambarkan peribadinya.
Jom berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
H.I

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com