Mengikut atau melawan. ~ Ceritaejoy Mengikut atau melawan. - Ceritaejoy

Mengikut atau melawan.

1:51 PTG

Aku hanya mengikut sahaja sebelum ini. Dan dalam sedar tak sedar, dah 8tahun lamanya aku di dalam industri ni. Bila aku duduk minum, aku terfikir, dah lama aku keje kat sini. Kat mana aku berada sekarang. Apa pencapaian yang aku dah buat. Apa bakti yang aku dah taburkan.

Jawapannya adalah. Aku tetap sama. Pangkat yang sama. Gaji yang lebih kurang sama. Cuma cara bekerjanya sahaja yang lain.

Bila aku fikirkan kenapa perkara seperti ini berlaku, aku jumpa penyebabnya. Aku hanya mengikut arus. Aku selesa dengan kerja aku. Aku takut perubahan. Aku tak mahu beratkan fikiran aku dengan perkara-perkara baru.

Dan ini, di mana aku berada sekarang. Tiada yang lain. Sekadar pertukaran rakan sekerja. Yang mana mereka yang sudah berjaya mencapai apa yang di inginkan dalam hidup, aku tetap seperti ini.

Kini, masuk tahun ke 9, aku mula sedar, perkara seperti ini tidak boleh berterusan. Aku mula melawan arus. Aku mula nampak tujuan hidup aku. Aku ambil masa yang terlalu lama untuk sedar.

Tapi, ianya masih belum terlambat. Masih ada banyak masa untuk aku berubah. Yang penting, ada keinginan.

Aku mula terima benda-benda baru dalam hidup aku. Ternyata, ianya betul-betul mencabar pemikiran aku. Kadang-kadang, kepala aku terasa berat semacam. Berdenyut-denyut!

Stress? Hahahaha. Dah tua-tua ni, macam ini la. Tapi, ianya masih belum terlambat.

Ubah cara kita berfikir, tak perlu ubah dunia, tapi ubah cara kita melihat dunia.

Pasti jadi apa yang di rancang, pasti berjaya mencapai puncak.

InsyaAllah. Amin.

H.I

You Might Also Like

0 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com