Memupuk displin diri sejak kecil. - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Memupuk displin diri sejak kecil.

Ibarat melentur buluh biar dari rebungnya. Ini bermaksud, didikan bermula sejak kecil. Ia akan menjadi lebih mudah jika bermula dari awal.

Didik displin anak sejak mereka kecil. Dan dalam proses pembesaran mereka. Jika perkara ini dipraktikkan sejak kecil, displin itu akan tersemat di dalam hati dan setiap perbuatan mereka.

Sekarang ni, kalau kita tengok masalah displin di bangku sekolah semakin menjadi-jadi. Sekolah seperti tidak selamat pada anak-anak. Guru-guru yang ingin mendidik, kerap kali menjadi mangsa ibu-bapa yang marah bila guru menghukum anak mereka.

Dan ini seperti membenarkan setiap kesalahan yang anak mereka lakukan. Jika perkara seperti ini, tidak di bendung, negara akan memiliki ramai "pesalah-pesalah" bebas. Dan sudah pasti, kita tidak memiliki anak bangsa yang berkualiti!

Dunia semakin maju, ini perlu seiring dengan minda anak-anak. Pengajaran sudah tidak sama dengan orang-orang dulu. Kerap kali kita dengar mereka yang berkata,

" Orang-orang dulu tak macam ni pun, kena rotan, senyap, takut nak kasitau ibu bapa, takut ditambahnya lagi rotan itu"

Kenapa perkara seperti ini berlaku? Ia disebabkan didikan sewaktu kecil. Pengaruh media massa juga memainkan peranan yang sangat hebat. Ianya juga disebabkan faktor ekonomi semasa. Ibu bapa sibuk bekerja demi memastikan kelangsungan hidup terjamin. Dan anak-anak kurang perhatian serta kasih sayang dan mula mencari inisiatif baru dalam memenuhi kehendak mereka. Dari sini bermulalah episod permasalahan sosial.

Jika mereka di didik dengan displin diri sejak kecil, mereka mampu menangani setiap permasalahan ini. Minda mereka perlu diserapkan dengan setiap aspek. Dari segi percakapan dan perbuatan.

Tahniah pada mereka yang berjaya mendidik anak mereka sebaik mungkin. Juga tidak terlalu lambat untuk mereka yang ingin mendidik displin diri anak-anak mereka yang bermasalah. Mereka sentiasa memerlukan perhatian dari kita. Berkawanlah dengan mereka. Ketahui setiap masalah mereka dan bersama-sama mereka menyelesaikannya.

Wujudkan keluarga dan kehidupan yang lebih harmoni. Untuk negara Malaysia yang tercinta. Didalam mewujudkan negara yang maju dan masyarakat yang bebas dari permasalahan minda.

H.I
loading...

2 ulasan:

  1. Assalam ejoy...
    nak inform sha da nominate blog ejoy utk AWARD..
    tolong klik link ni yer :
    http://aryshafayyadh.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html
    sudi2kan la yer..
    TQ

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com