Kualiti air semakin teruk? - ceritaejoy

Kualiti air semakin teruk?

12:30 PTG

Aku semakin hari semakin risau dengan kualiti air yang digunakan sekarang. Bukan apa, melihat kepada warnanya itu, sudah cukup mengusarkan aku.

Kadang-kadang, terasa gatal di badan bila mengunakan air paip di rumah untuk mandi. Macamana pula kalau air itu digunakan untuk minum?

Kesedaran masyarakat sekarang kepada penapis air sudah semakin luas. Keluarga aku sendiri menggunakan air dr sukida.

 

Dan aku gunakan air ini kerana isteri aku yang suruh. Kalau tidak? Tahan air paip, masak, dan gunakan untuk membuat minuman. Hehehehehe.

Dan aku dalam perancangan untuk memasang penapis air di rumah kami nanti. Kerana, dah banyak berita tentang pencemaran air ini. Dan aku ingin memastikan kesihatan keluarga aku terjamin.

Wang tidak boleh beli kesihatan. Tetapi boleh digunakan untuk menjaga kesihatan. Bila dah sakit, sudah pasti akan mengeluarkan lebih banyak wang. Jadi, baik bermula dari awal.

Ingat nak pasang yang kat luar rumah. Tapi belum survey lagi mana yang baik. Ini termasuk di dalam perkara mesti buat semasa ingin masuk rumah baru nanti.

Cerita pasal rumah.

*Bilalah nak dapat kunci rumah. Hmm

You Might Also Like

2 comments

  1. Betul kualiti air memang agak teruk walaupun di Pulau Pinang yang mana suatu masa dulu boleh dikatakan air termurah dan kualiti air terbersih. Ini disebabkan oleh beberapa faktor lain bukan punca air.
    Dan setiap rumah memang perlukan penapis air

    singgah dari blog kak Mia

    BalasPadam
  2. Betul..faktor lain juga penyebab kepada permasalahan ini..:)

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email