Kesusahan rumah apartment. ~ Ceritaejoy Kesusahan rumah apartment. - Ceritaejoy

Kesusahan rumah apartment.

4:28 PTG

Pagi tadi aku terbaca dari facebook abangensem, mengenai apakah perkara yang perlu kita fikirkan bila ingin membeli rumah apartment.

Perkara itu adalah, " Pengurusan jenazah".

Dan baru aku mula berfikir, bagaimana ye cara menguruskan jenazah? Jika rumah di tingkat paling atas? Adakah mengunakan lif? Jika lif rosak? Macamana?

Rasa aku perkara ini pernah berlaku, yang mana penduduk bergilir-gilir menurunkan jenazah menggunakan tangga akibat lif rosak.

Aku sebenarnya suka rumah apartment. Lagi-lagi pemandangannya adalah bandar. Tetapi bila aku terbaca post beliau, baru aku mula berfikir. Aku terlepas pandang.

Ada tak member-member blog yang pernah hadapi perkara seperti ini?


You Might Also Like

0 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Recommended For You