Kerjaya impian ~ Ceritaejoy Kerjaya impian - Ceritaejoy

Kerjaya impian

12:01 PTG

Waktu rehat pagi tadi. Aku berfikir sendirian. Apa kerjaya impian aku sebenarnya. Apa kerjaya yang aku benar-benar selesa berada di dalamnya. Bukan aku tidak bersyukur dengan kerja aku sekarang, cuma aku mencari apakah kerja yang aku benar suka berada di dalamnya.

Aku dah bekerja di dalam industri aku berada sekarang, dah 8 tahun lamanya. Tapi, terus terang aku katakan, aku tidak gembira berada di dalamnya. Ini dibuktikan dengan perasaan aku bila berada terlalu lama di sini. Ada kalanya, aku akan pulang lewat. Dan, bila aku bekerja lebih dari masa sebenar bekerja, aku akan merasa sangat-sangat tension.

Sewaktu aku bekerja di Ayutthaya thailand, dari pemerhatian mata kasar aku, aku melihat pekerja di sana mengikut waktu bekerja sebenar. Jika mereka bekerja bermula jam 0900 dan habis jam 1700, mereka akan ikut waktu itu. Dan, kumpulan kami pernah dihalau oleh majikan di sana. Kerana pulang lewat dari masa sebenar. Katanya, masa bekerja kami tidak efisien. Kami tidak pandai mengurus masa. Dan itu yang menyebabkan kami memerlukan masa yang lebih lama.

Itu antara pengalaman lalu. Dan dari situ aku melihat, aku ingin kerjaya baharu. Yang mana aku seronok berada di dalamnya.

Aku sukakan kerjaya yang banyak diluar. Maksudnya dapat melihat dunia luar. Tidak hanya duduk di opis, dari pagi hinggalah malam. Fikiran aku lebih luas. Aku sukakan kerjaya seperti itu.

Jadi, apakah kerjaya yang sedang bermain di fikiran aku? Jeng. Jeng. Jeng. Hahahha. Aku memikirkan untuk menjadi jurujual. Ya! Jurujual. Tapi jurujual yang bagaimana? Itu sedang dalam perangkaan aku.

Jurujual banyak pecahannya. Donald trump juga seorang jurujual. Warren buffet, Tony fernandes, Robert t kiyosaki, semuanya adalah jurujual. Penjual kereta, kerepek, kuih muih, semuanya jurujual.

Dan aku inginkan kerjaya jurujual yang membolehkan diri aku bergerak ke banyak tempat. Apakah kerjaya yang sesuai dengan aku?

Banyak sebenarnya kelebihan kerjaya ini. Salah satunya adalah, membina keyakinan diri. Dan melatih diri berkomunikasi. Ia juga mengajar diri, menerima tolakkan orang. Ada dari kita, tidak mampu terima tolakan dan cemuhan orang <-- Ini aku.

Jadi, inilah kerjaya yang sedang bermain di dalam fikiran aku. Yang aku rasa seronok bila berada di dalamnya.

Cuma masih tercari-cari kerjaya apakah yang sesuai. Jika ada idea dari rakan-rakan? Hehehehe.

H.I

You Might Also Like

0 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Recommended For You