Dunia yang semakin menakutkan. - ceritaejoy

Dunia yang semakin menakutkan.

12:15 PTG

Aku suka tengok berita terkini dekat laman Facebook Dtr. Akaun facebook ni, banyak menceritakan tentang kemalangan dan isu semasa. Tapi banyak kepada kemalangan la.

Aku tak pasti dimana aku tengok satu video ni. Yang pasti dari laman facebook. Video tentang seorang anak yang tergamak sembelih bapanya sendiri. Allahuakbar. Benar-benar rasa ketakutan di dalam diri aku.

Terus terang aku katakan, aku tidak melihat sepenuhnya video ini. Kerana ada sejarah silam aku berkaitan cerita seperti ini. Tetapi tajuknya sahaja sudah cukup membuatkan aku rasa sangat takut!

Dunia sekarang semakin teruk! Aku menjadi semakin risau dengan keadaan dunia sekarang. Ada satu gambar yang aku lihat. Dengan tajuk " Mungkin akibat dendam". Yang mana seorang wanita, bahagian atas tubuhnya di atas tilam, dan sebahagian tubuh lagi di atas lantai.

Allahuakbar! Aku benar-benar takut dengan keadaan dunia sekarang ini. Manusia seperti tiada perikemanusian lagi. Aku tengok kucing mati akibat dilanggar kereta ( suatu masa dulu, bukan aku yang langgar ye) pun dah cukup takut. Macamana pula dengan perasaan mereka ini. Apa sudah tiada perasaan itu lagi di dalam diri mereka?

Teringat cerita akhir zaman, dimana manusia akan kembali hidup seperti zaman jahiliyah. Apakah kita sudah semakin hampir atau sudah memasuki awal zaman itu? Allahuakbar!

Aku fikirkan bagaimana kehidupan anak-anak aku nanti. Sudah semestinya lebih teruk dari sekarang bukan.

"Ya Allah ya tuhanku. Kau lindungilah keturunan ku dari segala mala petaka dan musibah, dari segala hasutan dajjal. Kau lindungilah mereka dari segala perkara-perkara yang tidak diingini. Kau lindungilah mereka dari segala perkara-perkara yang merosakkan. Dari segala fitnah-fitnah akhir zaman. Kau lindungilah tubuh mereka. Sepertinya mana cukupnya sifat mereka sewaktu lahirnya, kau cukuplah anggota tubuh mereka sewaktu menghadap mu kembali Ya Allah. Ya Allah, Ya Rahman, Ya rahim. Kau hidupkan mereka di dalam keadaan sempurna, ku bermohon kepadamu Ya Allah, Kau matikan mereka juga di dalam keadaan sempurna. Matikan mereka juga di dalam agamamu yang benar Ya Allah. Kaulah Allah, yang bergantung kepadanya segala sesuatu. Kepadamu ku bermohon Ya Rabb. Allahu Rabbi"

Amin.

:'(


You Might Also Like

2 comments

  1. video sembelih bapak kt indon tu ek? mmg scary huhu.

    mintak benda mcmni jauh daripada keturunanku

    http://janganignore.blogspot.com/2014/09/kebenaran-2-lelaki-melayu-mahukan.html

    BalasPadam
  2. Indon eh? Allahurabbi. Tak pasti kat mana. Sebab aku memang takut tengok video-video camni. Hmm.

    BalasPadam

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email