Cubaan menculik anak! - ceritaejoy

Cubaan menculik anak!

4:37 PTG



Aku baca post ini dekat @luq-alhakim.

luq_alhakim By @farahdianaanuar "Alert alert & alert pls!!tq kak emma for sharing this..by @babybyshers "Untuk peringatan utk suma parents. Terutama yang duduk area SENTUL.

Semalam, 1hb September 2014, pegi makan dekat mamak al Malik kat Bandar Baru Sentul. Lepas makan aku pun bawak Umar nak masuk keta. Baba ngan Oppa still kat mamak lagi. Aku ni takde la mcm takut sgt sbb baru 7.30 mlm. Org dok ramai. Masa masuk celah kereta tu aku ada perasan ada org follow aku tapi aku memang x suspect apa2 sbb nak cepat masuk keta. 
Then aku dok perasan org ni take over aku and tros grab baju umar and tarik. Aku terus peluk umar dan tarik umar balik terus pusing belakang and lari. Then bila aku tgk belakang balik, ada 2 org tgh berlari lintas jalan. Aku masuk mamak tu depan baba depan oppa depan semua org aku menangis sampai suma org pandang. Then ada 1 cina ni masuk cakap kat baba " org tu nak curi ka???". Baba and Oppa keluar cari tapi xde dh org.

Aku dok fikir, kalau la sorang tu pegang aku, sorang amik Umar and dapat Umar, macamana la umar nak minum susu, nak tido, nak tukar pempers. Nauzubillah. Nauzubillah!! Allahuakbar. Kenapa la sekarang ni orang2 tak de hati dan perasaan. 
Tindakan : 
1. Tolong la. Tolong la parents yang ada anak2. Tolong la jaga anak2 korang. Tolong la dukung anak2 erat2. Pegang tangan anak2 kuat2.

2. Mesti ada org teman. Suami ke kawan ke adik beradik ke tak kisah. Tapi ada org teman. Jangan sorang2. Memang bahaya. Bahaya sgt2.

3. Mata jangan lepas langsung pandang anak2. Kena alert anak kat mana. 
Aku share sbb aku nak suma org alert. SEMUA ORANG. Alert pada anak2. Pada cucu2. Pada anak2 saudara. Pada anak2 kawan. Pada anak2 orang. Tolong la. 
Org nak kata aku paranoid aku tak peduli. Tapi YES skrang ni kalau org senyum kat Umar pun akan syak bukan.

Instagram : Tolong la repost benda ni. 
Facebook : Tolong share benda." via @PhotoRepost_app" via @PhotoRepost_app 
2w

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email