Channel radio tempatan banyak bercakap. - ceritaejoy

Channel radio tempatan banyak bercakap.

2:18 PTG

Pagi tadi, aku bergerak ke tempat kerja dari rumah mertua aku. Ini bermakna, aku memerlukan masa yang panjang di dalam kereta. Aku menggunakan laluan PLUS.

Jadi, sudah tentu aku akan pasang radio. Bila aku bukak radio, dari pengamatan telinga aku. Channel radio tersebut lebih banyak bercakap daripada memasang lagu-lagu kegemaran ramai orang.

Rasa aku ada beberapa lagu sahaja sepanjang perjalanan aku ke tempat kerja. Yang lain, digunakan untuk berbual bersama rakan bertugas. Pagi-pagi kan, nak ke tempat kerja pula, mesti nak dengar lagu-lagu yang boleh menjadikan jiwa kita lebih bersemangat! Bila dah dengar orang berbual je, terus aku tutup radio. Dan aku pula yang menyanyi seorang diri. Hehehehehe.

Radio memang satu media yang penting kepada masyarakat. Melalui hebahan radio, kita dapat tahu macam-macam peristiwa semasa yang berlaku. Yelah, tak semua kereta ada monitor untuk menonton berita atau cerita kegemaran tetapi sudah pasti, semua kereta ada radio.

Jadi, permintaan aku, boleh tak radio-radio di malaysia lebihkan lagu sewaktu awal pagi. Waktu orang sedang bergerak ke pejabat ataupun tempat kerja. Dan pasangkan lagu-lagu yang "segarkan jiwa", untuk lebih bersemangat lagi mengukuhkan ekonomi negara! Yeah!

Hehehehehehe. Pada siapa boleh aku sampaikan permintaan ini?

H.I

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email