Cari ilmu itu suatu perbaziran! - ceritaejoy

Cari ilmu itu suatu perbaziran!

9:26 PG

Mencari ilmu itu perlu. Ia tidak mengenal usia. Ada yang hingga lanjut usia, tapi masih ingin mencari ilmu. Ilmu itu tiada penghujungnya. Tidak cukup satu kehidupan itu, andai kata ingin habis untuk mencari ilmu.

Tapi, bagaimana pencarian ilmu itu boleh membawa kepada pembaziran? Aku melihat ia dari segi perbuatan seseorang itu.

Sekarang ni, kalau kita lihat, dah banyak seminar-seminar atau kelas di buat oleh mereka-mereka yang berjaya. Ini termasuklah, seminar kekayaan, hartanah, kraftangan,perniagaan dan macam-macam lagi. Ini semua membawa kepada kebaikan, dan dimana yang membazirnya?

Ia akan jadi suatu pembaziran jika ianya tidak disertakan dengan TINDAKAN. Bayarlah berapa banyak pun, jika tiada tindakan, tiada gunanya. Biarpun, penceramah adalah orang paling hebat di dunia.

Ada dari segelintir sahabat kita, pergi ke seminar jutawan dan menyimpan hasrat menjadi jutawan. Keluarkan wang beribu ringgit. Dan pengajar mengajar macam-macam perkara dan langkah, bagaimana kita boleh menjadi seorang jutawan. Dan, bila habis saja seminar, mereka pulang dengan membawa harapan untuk menjadi seorang jutawan. Tetapi, ia hanya tinggal harapan pada akhirnya, kerana apa? Kerana ianya tidak disertakan dengan tindakan.

Dari setiap pemerhatian aku, para-para jutawan hanya mengajar langkah-langkahnya sahaja. Dan mungkin 20% sahaja ilmunya diberikan kepada orang lain, selebihnya? 80% adalah daripada diri kita sendiri. Kita perlu bergerak sendiri untuk menjadi apa yang di inginkan.

Bukan kata pergi sahaja seminar, kita dah boleh jadi jutawan macam mereka. Mereka juga merasai jatuh bangun, kesukaran menjadi seorang jutawan. Tidak mungkin, kita akan menjadi jutawan sekelip mata sahaja.

Menjadi jutawan seperti air sungai yang mengalir deras. Kita hanya nampak air yang mengalir, tetapi di dasarnya bermacam perkara-perkara yang tak mungkin dapat kita fikir. Ia tak semudah yang kita sangka.

Jadi, jika setakat mencari ilmu tetapi tiada tindakan, ia hanyalah suatu pembaziran semata-mata. Ada baiknya, wang itu digunakan untuk perkara lain.

Setakat ini sahaja perkongsian aku pagi ini.

H.I

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email