Anak semakin lasak! - ceritaejoy

Anak semakin lasak!

3:57 PTG

Aku ada seorang anak lelaki. Berumur 1 tahun 8 bulan. Yelah kan, orang cakap, budak nak membesar ni, cukup lasak.

Bebudak nak membesar, semua ingin dicubanya. Semua ingin dimakannya. Tapi sangat seronok melayan mereka.

Kadang-kadang sukar juga aku nak memahami kehendak anak aku ni. Tak pasti apa yang ingin beliau sampaikan.

Aku selalu mengajar anak aku menumbuk. Hahahaha. Aku sandarkan tilam pada dinding, dan menyuruhnya menumbuk.

" Umbuk. Umbuk."

Dan tahu apa yang berlaku? Bilamana aku marah anak aku ni, dia akan menumbuk. Kalau tumbuk kaki takpe, ini dia tumbuk muka aku. Ades!

Bukan salah dia. Anak sebesar ini tidak tahu apa-apa. Jadi, aku perlu ajar dia cara sebenar kehidupan. Cara untuk bergaul dan penumbuk itu tidak boleh digunakan sesuka hati! ha.

Sekarang dia dah pandai panggil ibunya. Nak sebut ayah, memang lancar, nak sebut ibu je bunyi lain. Abu. Hehehehe.

Aku perlu hargai setiap masa yang berlalu. Kerana masa kecil mereka terasa sangat pantas. Aku pasti merindui waktu ini. Aku akan sentiasa pastikan aku cium anak aku. Biarpun berpuluh kali satu hari. Kerana aku pasti akan rindukan saat ini.

Anak sememangnya anugerah Allah yang tidak terhingga. Dan lahirnya dia dalam keluarga aku, memberi seribu makna. Ada masanya, aku terlalu marah pada anak aku. Dan bila aku baca dalam blog-blog sahabat lain. Anak kecil tidak tahu bagaimana ingin menunjukkan rasa sayang dan rindu mereka pada kedua ibu bapa mereka. Mereka zahirkannya di dalam bentuk perbuatan. Selerakkan mainan, minta dukung, minta macam-macam. Hanya untuk peroleh perhatian dari kita.

Bila dikenang balik. Terasa bersalah sangat-sangat pada anak aku. Hmm.

Ayah sayangkan kamu.

Muhammad Aisy iskandar.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email