Anak muntah-muntah. - ceritaejoy

Anak muntah-muntah.

10:03 PG

Aku seorang yang tidak berapa suka untuk bercerita tentang perihal keluarga aku di dalam media. Di dalam facebook atau pun di dalam blog.

Sesekali, ingin juga aku kongsikan sedikit perihal mereka.

Hari isnin baru-baru ini, semasa ingin tidur, dalam jam 2330, aku dan isteri dikejutkan dengan anak kami. Dia tiba-tiba bangun dan muntah. Penuh habis muntah dia atas tilam. Aku ingatkan, ianya hanya sekali. Rupa-rupanya berulang kali!

Seingat aku, lebih dari 5 kali dia muntah malam tu. Aku dan isteri, mestilah kalut. Kami bawa dia ke klinik 24jam berdekatan rumah. Dan jawapan yang aku terima dari Doktor yang merawat anak aku.

" Oh, ini perkara biasa je pada bayi, Takde apa-apalah, ini normal "

Normal? Doktor tu cuma pegang perut anak aku je. Takda check suhu atau apa-apa. Tiada apa-apa ubat. Dan cakap normal?

Bibir anak aku dah naik pucat disebabkan muntah berulang kali. Badan pun panas. Dan ini normal?

Aku bawa pulang anak aku dengan perasaan hampa. Semalam, aku bawa anak aku periksa di klinik lain. Dan Doktor mengesahkan anak aku demam dan bagi sedikit ubat. Pemeriksaan normal seperti yang lain. Check suhu, paru-paru dan jantung.

Aku terkadang terfikir, kalau sebegini mudah seorang doktor periksa pesakit. Ianya boleh mendatangkan perkara yang lebih mudarat jika pesakit ada penyakit berbahaya. Periksa hanya melalui mata?

Dan aku hanya mengambil nasihat sahaja jika ianya terjadi kepada aku. Tanpa perlu mempraktikkan apa yang disuruh.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email