Aku di dalam dilema. - Ceritaejoy

Header Ads

Aku di dalam dilema.

Aku di belenggu masalah peribadi yang sangat hebat. Masalah kewangan dan masalah keluarga. Aku di dalam dilema untuk memilih kerjaya dan keluarga.

Kewangan aku sekeluarga masih belum kukuh sepenuhnya. Aku sedang dalam membina apartment kesenangan untuk kami. Jadi, aku perlu habiskan kebanyakkan masa aku di tempat kerja. Ini untuk membantu simpanan aku pada hujung bulan nanti.

Dalam masa yang sama, isteri aku kurang sihat. Ia memerlukan perhatian sepenuhnya dari aku. Untuk membantu beliau. Dan ini bermakna, aku perlu meletakkan kerja di tempat kedua. Dan bila aku memilih untuk meletakkan kerjaya di tempat kedua. Aku juga sedang mempertaruhkan masa depan keluarga aku keseluruhannya.

Kenapa aku cakap macam ni? Kerana aku adalah sumber utama kewangan keluarga aku ketika ini. Hanya aku. Jadi, bila aku meletakkan kerjaya di tempat kedua. Sumber kewangan keluarga aku akan mengalir lembut. Ia sepatutnya tidak seperti itu. Ia perlu mengalir deras!

Siapa yang boleh cakap dengan aku. Yang mereka hanya memerlukan belanja rumah RM100 sahaja sebulan? Apakah ia cukup untuk segalanya? Taraf hidup sekarang tak seperti 10tahun dahulu. Apakah nilainya RM50 pada mereka yang sudah berkeluarga? Isi minyak kereta sahaja sudah habis.

Aku dah tak cukup masa untuk semua ini. Sekarang kita berada pada bulan 9, 2014. Tinggal 3 bulan sahaja lagi untuk kita memasuki tahun 2015.


2020-2015= 5 tahun!

Tinggal 5 tahun sahaja lagi untuk aku berusaha mengukuhkan ekonomi keluarga aku. Kerana apa aku memilih tahun 2020. Kerana pakar ekonomi mengatakan yang pada tahun tersebut, pendapatan isi rumah mestilah RM12000! Jika tak percaya, lihat pada ekonomi sekarang. Apakah nilai RM100 itu sudah cukup besar pada mata anda? Bagaimana pula 5 tahun dari sekarang?

Lihat kembali beberapa tahun dahulu. Nilai RM50, dan pada masa sekarang. Nilai pada kertas tetap sama bukan? Apa yang membezakannya sekarang? Adalah pada nilainya.

Bagaimana pula dengan ini?



Aku merasakan masa itu terlalu singkat pada aku. Terlalu singkat. :'(

Aku ingin meletakkan keluarga aku cukup pada taraf terendah dalam golongan atasan. Tidak pada taraf tertinggi golongan bawahan. 

Bukan aku tidak bersyukur dengan kehidupan sekarang, cuma aku inginkan kehidupan yang lancar dan selesa untuk kesemuanya.

H.I

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com