10 aktiviti lelaki ketika berada di dalam bilik air. - ceritaejoy

10 aktiviti lelaki ketika berada di dalam bilik air.

10:42 PG

Ha. Aku pagi-pagi macam ni dah terfikir, apakah yang biasanya dilakukan oleh kaum Adam bila berada di dalam bilik air. Bukan apa, aku sendiri ada aktiviti sendiri bila berada di dalam bilik air ni.

Jom cuba kita kongsikan, apakah aktiviti lelaki bila berada di dalam bilik air. Kot-kot sama ke kita. Hehehehehehe.

1. Bersendirian.

Tandas bukan sahaja digunakan untuk mandi dan buang air besar, tetapi menjadi lokasi untuk lelaki bersendirian. Daripada siapa? Dari isteri, anak-anak, adik beradik, kawan serumah, sesiapa sahaja. Tak aku nafikan, lelaki inginkan masa untuk bersendirian, bukan lama pun, cuma seketika. Tetapi inilah yang sering menjadi masalah kepada isteri. Mereka tidak paham akan perkara ini. Hmmm.

Kenapa mahukan masa bersendirian? Kerana saat inilah lelaki boleh berfikir dengan tenang. Kalau para isteri biasa melihat suami mereka, apabila ditanya, mereka akan diam seketika, itu bukan bermakna mereka tidak mengambil pusing apa yang isteri katakan, tetapi mereka sedang memikirkan, apakah jalan penyelesaiannya.

2. Baca buku, surat kabar, dan apa-apa yang boleh di baca.

Apa tak boleh baca kat ruang tamu ker? Boleh, cuma ketika membuang air besar, masa yang diambil mungkin lama. Dan masa itu digunakan sebaik mungkin dengan membaca artikel-artikel berkaitan. Jika baca diruang tamu, mungkin akan diganggu anak-anak, atau, suara televisyen yang kuat akan menggangu kosentrasi ketika membaca.  Nak baca dalam bilik? Atas katil? Macam tak dapat je? hehehehe.

3. Hisap rokok.

Yang ini aku tak suka. Sebab aku sendiri tak hisap rokok. Aku sendiri kurang pasti, kenapa mereka yang hisap rokok, akan tercari-cari rokok ketika ingin membuang air besar. Tak ke penuh asap tu nanti? Jerebu! Hehe. Kalau di kampung, alasan mereka mungkin untuk menghalau nyamuk. Kalau dibandar tidak pasti. Dan pada fikiran aku, mungkin mereka tidak mahu ruang tamu atau ruang makan mereka berbau rokok. Dan atas sebab itu, mereka hisap rokok di dalam tandas.

4. Bermain permainan video (Game)

Ini yang biasa aku lakukan.Hahahaha. Bosankan lama-lama tu. Mainla game. Kadang-kadang bila terlalu lama, bising juga orang rumah. Hehehehe.

5. Menonton video.

Video ini ada macam-macam ye. Untuk yang berbuat dosa, maka anda tanggunglah sendiri. Aku lebih suka kepada video permotoran. Aku suka bunyi ekzos motosikal berkuasa besar. Jadi, bila di dalam tandas, aku buka suara handfone besar-besar. Ia semacam terapi pada aku. Owh.

6. Menyanyi.

Erks. Ada juga lelaki yang menyanyi yer. Bermacam lagu akan didendangkan oleh mereka. Kepada para komposer, jika ingin mencari penyanyi yang hebat, dengarlah mereka menyanyi ketika di dalam bilik air. Hehehehe.

7. Melihat tubuh.

Lelaki juga ada yang mementingkan peribadi mereka. Jadi, ketika di dalam bilik air, mereka boleh melihat keseluruhan tubuh mereka. Dan akan mula membelek satu persatu. Ini akan memberikan mereka lebih yakin ketika berhadapan dengan khayalak ramai.

8. Merancang perjalanan kehidupan.

Ada juga lelaki yang membawa masuk diari mereka kedalam tandas. Dan mula melakar perjalanan kehidupan mereka. Termasuklah ekonomi, belanja dan sebagainya.

9. Menangis.

Ada lelaki yang menangis tau. Bukan tak ada. Lelaki adalah pemimpin keluarga. Jadi mereka tidak boleh dilihat sebagai lemah dengan menangis di depan isteri atau anak-anak. Bilik air adalah ruang untuk mereka melepaskan apa yang terpendam.

10. Imaginasi.

Lelaki akan lebih berimaginasi ketika di dalam bilik air. Waktu ini, mereka akan berangan macam-macam. Menjadi seperti apa yang mereka impikan dan pelbagai lagi.


You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email