6 tips buat kita lebih yakin! - ceritaejoy

6 tips buat kita lebih yakin!

10:53 PG

Bagaimana kita boleh menjadi manusia yang lebih yakin. Ia tidak hanya ada di dalam diri semata-mata, tetapi bagaimana untuk lebih yakin bila berhadapan dengan orang lain. Di sini ada tips yang boleh digunakan.

1. Cara berpakaian.

Ini memainkan peranan penting di dalam mewujudkan keyakinan diri. Lihat pada diri kita. Rambut, gigi, kuku, bau badan, baju yang di pakai, seluar, kasut. Ini semua memainkan peranan penting di dalam mewujudkan keyakinan di dalam diri. Orang sekeliling akan memandang setiap yang ada pada diri kita. Jadi, bila kita sentiasa kemas dan menjaga kebersihan diri, perasaan yakin akan lebih kuat di dalam diri kita.

2. Postur diri.

Ini lebih kepada gaya tubuh kita apabila berinteraksi. Kita perlu memberitahu mereka dengan gaya tubuh yang kita sangat yakin dan bertanggungjawab. Beritahu dengan hanya gaya tubuh dan bukannya bahasa. Bila orang melihat perkara ini, mereka akan menjadi sangat yakin dengan kita.

Berdiri tegak, dagu tinggi, berjalan dengan yakin dan bukan seperti mengheret kaki serta duduk dengan tegak. Apabila kita dilihat dengan penuh keyakinan, dunia sekeliling akan menghampiri kita.

3. Senyum. :)

Sentiasa mengukir senyuman kepada semua orang. Anda pasti terkejut, walaupun dengan hanya sekecil senyuman, boleh melucutkan senjata pelbagai situasi sosial dan membuat semua orang berasa lebih selesa. Cuba lihat pada mereka yang sentiasa bermuka masam ataupun muka orang yang seperti ingin marah, adakah anda ingin mendekati mereka? Jadi, sentiasa ukir senyuman.

Jika kita merasakan senyuman kita adalah palsu, pastikan ia kecil. Senyuman palsu boleh dilihat sebatu jauhnya. Kan macam lagu malique, " Senyum, tak perlu kata apa-apa". :)

4. Hubungan mata (eye contact).

Ia adalah satu perubahan ketara, tetapi ia boleh menjadi keajaiban bagaimana orang lain melihat diri kita. Jangan takut untuk memenuhi pandangan orang lain. Ini menunjukkan kita memberitahu mereka, yang kita sangat menghormati mereka, mengakui kehadiran mereka, dan suka berinteraksi dengan mereka.

Mata kita sangat unik. Mata adalah tingkap untuk jiwa, jiwa kita mempamerkan perhatian dan perasaan kita. Dengan membuat hubungan mata, kita akan meningkatkan kualiti interaksi kita di samping muncul lebih yakin. Malah, kita akan lebih disukai dan boleh dipercayai dan mereka yang bertutur dengan kita akan berasa lebih dihargai.

5. Tarikan bahasa tubuh.

Jika kita mahu orang lain mendekati kita, pastikan diri kita didekati. Pastikan kedudukan badan kita menunjukkan kita suka didekati. Jika lengan dan kaki kita bersilang, kita memberitahu dunia, yang kita tidak suka di dekati. Begitu juga dengan muka dan tangan.

6. Tahan pandangan mata.

Hah? Bagaimana nak tahan? Cuba buat ini. Lihat kedalam mata seseorang dan lihat siapa yang berpaling dahulu. Jika mereka berpaling dahulu, ini menunjukkan mereka tidak selesa. Jadi, renung mereka dengan penuh minat sehingga mereka merasakan pandangan kita. Tetapi, jika kita yang terperangkap? Cukuplah dengan hanya tersenyum. Dan, kita akan terlepas darinya. :)

Ok. Setakat ini dahulu perkongsian aku harini. Harap dapat membantu serba sedikit. InsyaAllah.

H.I

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email