Terlalu rindukan sesuatu - ceritaejoy

Terlalu rindukan sesuatu

5:32 PTG



Terasa sejuk je kebelakangan ini. Tidur juga menjadi sangat selesa. Ini disebabkan hujan yang kerap turun. Indahnya dunia. Hujan yang turun membasahi bumi. Teringat pula masa aku kecil-kecil dulu. Waktu hujan adalah waktu yang cukup menyeronokkan. Lebih-lebih lagi kalau hujan yang turun sangat lebat.

Aku dibesarkan di dalam kem tentera. Jadi, kehidupan aku seperti di dalam asrama sekolah berasrama penuh. Bila hujan turun, ianya suatu permainan untuk aku. Kadangkala, aku hanya akan berhenti bermain bila hujan berhenti turun. Habis kecut satu badan. Menyeronokkan!

Ambil batu-batu besar, jadikan ia sebagai mini empangan di dalam longkang besar. Sangat seronok melihat air menjadi semakin banyak dek kerana terhalang laluannya dengan batu-batu itu. Dan langkah seterusnya adalah, berendam! Aktiviti ketika hujan terlalu banyak untuk kanak-kanak. Antara yang paling aku minati adalah, berbaring. Ya, berbaring. Cuma lokasinya sahaja berbeza. Bukan berbaring di atas tilam ketika hujan, tetapi di padang sekolah. Ya. Padang sekolah. Rumah aku berhadapan sekolah rendah, dan ketika hujan, aku akan bermain di padang sekolah. Dan setelah penat bermain, aku pasti akan berbaring. Di atas padang. Di hujani hujan. Sangat menyeronokkan!

Aku sangat rindukan zaman kanak-kanak aku. Aku sangat rindukan zaman kecilku di kem tentera. Aku rindukan keadaan ketika itu. Suasana bersama keluarga ketika itu. Aku sangat-sangat rindukannya. Kerana aku tidak memperolehinya kini.

Aku terlalu rindukan semua kenangan itu.

Aku terlalu rindukan. Aku terlalu rindukan. Allahuakbar!

Aku rindukan senyum tawa seseorang yang paling istimewa di dalam hidup aku.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email