SIfat malas melanda. - ceritaejoy

SIfat malas melanda.

3:14 PTG

Aku sendiri pun tak pasti kenapa aku menjadi sangat malas hari ini. Nak update blog pun malas. Banyak idea dan cerita yang nak aku kongsikan dalam blog, tetapi aku malas betul nak taip. Aku update blog pun sebab nak kasitau yang aku sangat malas hari ini.

Mungkin disebabkan tekanan kerja. Bermula awal bulan hingga la sekarang, aku masih belum bercuti. Ini bermakna aku bekerja 7 hari seminggu. Esok dan lusa juga aku akan bekerja. Langsung tiada masa bersama dengan keluarga. Keluar rumah ke tempat kerja seawal jam 6.30 pagi. Pulang rumah ada kalanya jam 10 malam. Ini berjanggah sama sekali dengan waktu kerja biasa aku.

Semua ini aku lakukan kerana aku berpegang kepada 4 prinsip kekayaan. Ramai yang ingin menjadi kaya, tetapi tidak semua yang benar-benar menjadi. Ramai yang bekerja hingga lewat malam, tetapi tetap juga tidak menjadi jutawan.

Apakah 4 prinsip kekayaan itu?


  1. Tingkatkan simpanan.
  2. Tingkatkan pelaburan.
  3. Tingkatkan pendapatan.
  4. KURANGKAN perbelanjaan.
Mudah bukan? Ikut 4 prinsip ini, maka mudahlah jalan mencapai status jutawan.

Bukan sahaja menjadi kaya, tetapi KEKAL MEWAH.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email