Menunggu untuk melakukan sesuatu - ceritaejoy

Menunggu untuk melakukan sesuatu

8:57 PG

Ramai malahan diri aku sendiri, menunggu dan terus menunggu untuk melakukan sesuatu perkara itu. Dalam cerita ini, aku kaitkan dengan menunggu untuk berubah. Berubah dari segi kewangan. Aku terperangkap di dalam kewangan dengan hutang-hutang yang sedia ada. Dan jalan penyelesaian kepada permasalahan ini adalah menghasilkan lebih banyak wang dan mengurangkan perbelanjaan.

Aku mencari segala keperluan untuk perubahan ini dan aku sudah jumpa caranya. Tetapi aku menunggu masa yang sesuai untuk melakukannya. Akibat daripadanya, aku sudah kehabisan begitu banyak masa dan hutang yang sedia ada semakin bertambah.

Dan ianya membuatkan hidup aku semakin tertekan. Dan sebetulnya, aku tidak perlu menunggu masa yang sesuai. Aku perlu berani melakukannya walau pada masa yang tidak sesuai. Ini yang dinamakan risiko! Dan hampir kebanyakkan orang tidak berani mengambil risiko untuk berubah kearah yang lebih baik! Ini yang membezakan antara kelas atasan dengan kelas bawahan. Ini yang sebenarnya masih ada di dalam kehidupan aku!

Tidak perlu menunggu masa untuk berubah sebaliknya tengok masa yang berlalu tanpa ada perubahan dan mula menyesal dengannya! Ada kalanya, menunggu itu mengambil masa yang sangat lama. Jadi, tidak perlu melihat masa, terus dengan perubahan. Dan perlu ilmu yang cukup untuk berubah. Keluar dari kehidupan selesa dan mula menjadi kaya.

Berani mengambil risiko dengan cara yang betul.

Yoshh!!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email