Masih belum dapat kunci rumah! ~ ceritaejoy Masih belum dapat kunci rumah! - ceritaejoy

Masih belum dapat kunci rumah!

2:03 PTG

Nampaknya, aku seperti sudah di bohong oleh pemaju perumahan yang aku beli. Sehingga ke bulan ini, aku masih belum boleh mendapatkan kunci rumah. Alasan yang diberikan, masih menunggu CF. Janji tinggal janji! Bulan 3, 6,7,8,9 dan mungkin ke bulan seterusnya! Mengapa mengambil masa yang terlalu lama untuk mendapatkan CF? Masalah apa yang di hadapi pemaju perumahan ini?

Aku sepatutnya mendengar kata-kata dari rakanku. Yang membeli rumah di dalam taman yang sama. Beliau sendiri terpaksa menunggu lebih dari 2 tahun untuk mendapatkan rumah yang di beli. Dan kini aku mengalami nasib yang sama!

Sebenarnya, aku tidak berminat langsung dengan rumah ini. Tetapi memandang isteri aku memilihnya, aku terpaksa akur. Tambahan pulak, kewangan aku ketika itu tidak mengizinkan aku mencari rumah lain. Dan akibat dari itu, ini yang terpaksa aku terima sekarang.

Pemaju perumahan ini juga tersenarai di dalam projek sakit. Dan masalahnya, aku hanya periksa selepas aku beli rumah dari pemaju ini. Ia benar-benar mengecewakan aku. Sangat-sangat. Kini, aku terpaksa menangung hutang yang berganda. Kerana, rancangan aku menyewa rumah adalah kerana janji pemaju yang mengatakan bahawa aku bakal mendapat kunci rumah pada awal tahun. Kini, tinggal 4 bulan sahaja lagi untuk melangkah ke tahun 2015.

Ini adalah pengalaman pertama aku membeli rumah. Dan pengalaman buruk ini juga yang perlu aku hadapi. Aku bercadang membeli sebuah rumah lagi. Dan aku senarai hitamkan pemaju perumahan ini di dalam senarai rumah kedua aku nanti. 

You Might Also Like

0 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Blogger Malaysia