duit raya 2014 - ceritaejoy

duit raya 2014

9:17 PG

Tahun ni banyak pengalaman baru yang aku dapat semasa perayaan aidilfitri baru-baru ini. Antaranya adalah berkaitan dengan duit raya. Memang seronok beri duit raya pada anak-anak kecil. Melihat gelagat mereka juga sudah menyeronokkan.

Tapi apa yang aku cuba sampaikan di sini adalah satu pengalaman yang berlaku kepada aku. Bilamana sekumpulan anak-anak kecil ( dalam 3 orang) datang beraya di rumah orang tua aku. Sewaktu itu aku sudah berada di dalam kereta kerana ingin keluar beraya di rumah sedara. Anak-anak kecil ini dengan lantangnya bersuara:

" Ha! Mana nak lari?! bagi duit raya dulu baru boleh keluar rumah!"

Yang bersuara ini adalah anak-anak kecil, dan aku merasakan seperti di tahan oleh sekumpulan lelaki dewasa, yang bila-bila masa sahaja boleh mencederakan aku. Ini bukan berkaitan duit raya, anak-anak kecil, tetapi sikap. Sikap yang di tunjukkan oleh anak-anak kecil ini. Aku lebih suka pada mereka yang datang dengan peribadi yang elok, kerana jika ini yang di beri mereka, maka banyak juga yang mereka bakal dapat daripada aku ( duit raya).

Dan semasa aku berada di dalam kereta, mereka mengetuk-getuk cermin kereta aku dan menghulurkan tangan meminta duit raya. Aku yang berada di dalam kereta hairan dengan perkara ini. Kerana ini adalah pengalaman pertama aku. Dan ianya benar-benar memeranjatkan aku!

Perkara seperti ini yang cukup aku risaukan terjadi kepada anak aku nanti. Aku tidak ingin beliau jadi seperti ini. Duit raya adalah sebagai hadiah, dan bukannya kewajipan. Setiap apa yang diberi seseorang itu, anak-anak ini perlu bersyukur menerimanya. Kerana ini adalah hadiah pada mereka. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Ada sesetengah dari mereka juga berani bersuara bila mendapat jumlah yang sedikit kurang dari rumah sebelumnya dengan suara:

" eiii, kedekutnya orang nie"

Apakah perasaan anda bila anda yang menerima ayat seperti ini daripada mereka? Sekali lagi ingin aku sampaikan adalah ianyanya bukan berkaitan dengan wang, tetapi sikap. Sikap yang pada mata aku, telah salah di ajar kepada anak-anak ini. Dan mereka akan terus membesar dengan sikap ini.

Apa yang mampu aku lakukan adalah, membetulkan pada mereka yang dekat dengan aku. Supaya apa yang berlaku pada orang lain, tidak berlaku di dalam keluarga aku.

InsyaAllah.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email