Dalam masa 1 hari. - ceritaejoy

Dalam masa 1 hari.

11:43 PG

Aku pasti, ini bukan hanya terjadi kepada aku sahaja, malah hampir kepada kebanyakkan orang pun akan mengalami perkara yang sama.

Apa yang aku ingin sampaikan adalah, GAJI! Ya, gaji yang kita perolehi setelah 1 bulan bekerja. Kebiasaannya, pada tarikh 25hb pada setiap bulan, adalah tarikh kemasukkan gaji.

Dan sudah pasti, semua pekerja merasa seronok. Malahan seisi keluarga juga merasakannya. Tetapi, keseronokan itu bersifat sementara. Kerana apa? Kerana penat lelah bekerja selama 1 bulan itu, akan mudah di habiskan dalam masa 1 hari sahaja.

Bila gaji masuk, perkara pertama yang di lakukan adalah, bayar semua hutang piutang yang ada. Bayaran rumah, kereta, bil-bil, insurans, belanja anak-anak, belanja rumah dan segala macam lagi bayaran.

Dan setelah semua perkara itu selesai, berapa baki yang ada di tangan? Jika tinggi jumlahnya, bermakna, bolehlah digunakan untuk tujuan hiburan. Bagaimana pula kalau baki itu rendah? Jawapannya adalah:

" Kerja keras lagi untuk dapatkan gaji bulan hadapan"

Persoalan ini selalu bermain di dalam fikiran aku. Sampai bila perkara ini perlu berlaku di dalam kehidupan aku. Sampai bila?

Jangan hanya menyalahkan takdir dan berenang di kawasan air tenang. Harungi arus deras! Dan mula alami perubahan!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email