Anak tidak mahu makan nasi - ceritaejoy

Anak tidak mahu makan nasi

9:48 PG

Aku cukup risau dengan anak aku yang tidak mahu makan nasi. 1 ke 3 suap sahaja, terus beliau tinggalkan nasi dan terus bermain. Aku cuba cari dalam carian google tentang masalah ini, dan jawapan yang aku terima adalah hampir kebanyakan anak-anak kecil mempunyai masalah yang sama dengan anak aku. Sukar untuk makan!

Aku kerap memaksa anak aku untuk makan dan kadang kala terpaksa pukul beliau untuk makan. Kerana pada pemikiran aku, tindakan aku itu adalah betul. Ternyata ianya adalah satu kesilapan besar. Memaksa anak untuk makan akan menyebabkan timbul rasa yang sangat kuat untuk tidak makan lagi.

Jadi, aku mencari penyelesaian untuk masalah ini, dan jawapan ini yang aku terima:


  1. Letakkan sayur yang berwarna di dalam bubur anak, supaya ia nampak lebih menarik untuk makan.
  2. Ada juga anak kecil yang suka makan sup, jadi semasa suapkan bubur untuk anak, sediakan sup juga untuk mereka.
  3. Biarkan mereka makan sendiri. Kadang-kala mereka lebih suka melakukannya sendiri.
  4. Tukar menu makanan. Mereka sudah bosan dengan menu yang biasa kita hidangkan kepada mereka, jadi tukar menu makan mereka.
  5. Berikan mereka minum jus buah-buahan.
  6. Makan sekali dengan anak. Anak kecil bosan makan bersendirian jadi ibu dan bapa boleh menjadi peneman kepada mereka.
  7. Ibu bapa menjadi cermin kepada anak. Ada ibu bapa yang menjalani proses diet, dan anak melihat mereka, jadi, anak juga terikut untuk tidak makan.
  8. Lihat pada makanan kegemaran anak. Mungkin hidangan yang kita sediakan kepada mereka bukan termasuk di dalam hidangan kegemaran mereka.
  9. Jika anak tidak suka makan nasi, cuba tukar kepada macaroni khas untuk anak kecil, mereka pasti akan sukakannya!
  10. Tahu waktu makan mereka. Jika kita berikan mereka makan pada waktu yang tidak sesuai, sudah tentu mereka tidak akan makan. Jadi sentiasa lihat di manakah waktu mereka meminta makan.
Ini adalah beberapa contoh untuk mengalakkan anak kecil untuk makan. Yang mana aku akan cuba praktikkan. Harap ianya akan berhasil.

Selamat mencuba juga kepada anda!

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email