• Breaking News

    5 Ogos 2014

    4 cara menjadi kaya



    Aku baca perkara ini di dalam sebuah buku kewangan. Dan aku dalam proses mempraktikan ia di dalam kehidupan aku. Ianya benar-benar akan mengubah keseluruhan hidup kita. Samada dari masalah kewangan mahupun masalah masa.

    Kita biasa dengar, ramai yang ingin menjadi kaya tetapi tidak semua yang menjadi kaya. Kerana mereka hanya mahu tetapi tidak praktikkan nya. Kerja keras juga sebenarnya tidak menjadikan mereka kaya. Cuba lihat mereka yang bekerja keras hingga lewat malam. Adakah mereka seorang jutawan? Cuba lihat mereka yang berehat di kelab-kelab mewah, bermain golf pada hujung minggu, membeli belah di pusat beli belah mewah. Adakah mereka jutawan? Anda sendiri ada jawapannya bukan?

    Jadi apakah 4 perkara tersebut?

    1. Tingkatkan perlaburan
    2. Tingkatkan pendapatan.
    3. Tingkatkan simpanan.
    4. Kurangkan perbelanjaan.

    Ini sahaja yang perlu kita lakukan. Nampak mudahkan?

    Sentiasa simpan perkara ini di dalam fikiran kita. Biarkan kewangan kita tumbuh mekar dan berbuah, sampai masanya, kita hanya petik kesemuanya dan ianya akan terus berbuah! Tidak perlu lagi bekerja keras! Yoshh!


    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

    Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

    Blogger Malaysia