Terawih ramadan 2014 - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Terawih ramadan 2014

Tahun ini, aku berkesempatan lagi menunaikan terawih. Tahun ini, bertempat di masjid besar alor gajah. Dan alhamdulilah, tahun ini juga, aku sekeluarga mendapat tapak untuk berniaga di bazar. Cuma, tapak niaga untuk kami agak jauh sedikit dari tumpuan orang ramai. Tetapi kami tetap percaya, rezeki datangnya dari Allah. Mesti percaya pada itu.

Berbalik kepada malam terawih. Siangnya berniaga dan malam pula terawih. Sememangnya meletihkan.Tambahan pula, jumlah solat itu. 20 rakaat! Umat islam memang di galakkan untuk berbuat sebanyak mungkin kebaikan dan amal di bulan yang penuh mulia ini. Cuma, aku terasa amat-amat letih dan tidak mampu untuk melengkapkan 20 rakaat itu.

Jadi, aku hanya solat sebanyak yang aku mampu sahaja. Tetapi, wujud perasaan rugi yang sangat kuat di dalam hati, kerana tidak mampu untuk penuhkan jumlahnya. Aku selalu simpan di dalam hati, adakah aku mampu berjumpa lagi dengan ramadan yang akan datang. Aku sentiasa berdoa kepada Allah, agar di perkuatkan diri untuk melakukan ibadat dan amal yang banyak di dalam bulan yang mulia ini. InsyaAllah. amin. 
loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com