Mampukah suami mencari rezeki seorang diri - ceritaejoy

Mampukah suami mencari rezeki seorang diri

10:45 PG



Di sini, di ruang ini aku ingin bercerita tentang mampukah jika suami sahaja yang bekerja dan menjana ekonomi keluarga. Mampukah? Dengan ekonomi negara dan taraf hidup yang makin meninggi? Persoalan ini ditujukan kepada mereka dalam kelas pertengahan dan bawahan. Tidak menjadi persoalan kepada mereka di dalam kelas atasan.

Jika suami yang bergaji di bawah RM2000. Perlu memikirkan setiap perbelanjaan di dalam rumah. Di tambah pula dengan kehadiran cahaya mata di dalam keluarga. Adakah mampu? Perbelajaan rumah, kereta, insurans, bil dan sebagainya.

Memang ya,isteri tidak wajib bekerja, tetapi, isteri boleh membantu suami dalam hal mengukuhkan ekonomi keluarga. Kerana, jika suami sahaja berusaha menyelesaikan semua perbelanjaan, dan suami pula tidak mampu, ini akan menambahkan lagi tekanan di dalam sesuatu keluarga itu.

Persoalan mengapa perlukan semua perkara di atas walhal tidak mampu membayarnya? Kerana semua itu adalah perkara yang "perlu" ada di dalam sesebuah keluarga. Kenapa beli insurans kalau dah tahu tidak mampu? Kerana jika berlaku apa-apa, insurans sahaja yang boleh menanggungnya. Kos untuk rawatan juga adalah sangat tinggi pada masa sekarang!

Jadi, mampukah suami bekerja sendirian untuk menjana ekonomi keluarga?

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email