Rahsia minda jutawan. - ceritaejoy

Rahsia minda jutawan.

3:50 PTG

Akhirnya, habis jugak aku baca buku ini. Aku sentiasa mencari-cari ilmu baru, bagaimana aku mahu menjadi seorang jutawan yang kekal mewah. Dari apa yang aku lihat, mereka semuanya bermula dengan cara mereka berfikir. Dan tindakan-tindakan berani mereka.

" Pendapatan hanya berkembang setakat apa yang di usahakan"

Di dalam buku ini, ada menerangkan, pendapatan kita setakat mana yang kita usahakan. Seperti contoh, jika kita kerja bermula jam 0800 sehingga 1730 setiap hari. Maka kita hanya dapat gaji bersih sahaja tanpa ada tambahan. Jika kita melakukan kerja tambahan. Seperti habis kerja pukul 2000 atau 2200, maka gaji kita pasti akan berubah. Ini yang dinamakan dengan ayat di atas.

Dan aku juga belajar, yang mana masalah wang tidak pernah menjadi masalah. Masalah wang adalah kesan, dan apakah puncanya? Cari punca, selesaikan dan kita tidak akan menghadapi masalah wang lagi. Kebanyakkan orang hanya memikirkan mereka mempunyai masalah wang sahaja tanpa memikirkan apakah punca kepada masalah ini.

Antara ayat-ayat yang menarik hati aku ialah:

"Biasakah kita dengar sediakan payung sebelum hujan? Jika kita menyimpan wang untuk hari hujan, apakah yang kita akan dapat? Hari hujan!  Berhenti melakukannya. Bukan menabung untuk hari hujan. Beri tumpuan kepada 1 hari kita bebas dari masalah kewangan ( financial freedom). Kemudian kepada bebas dari masalah kewangan sepenuhnya. Menurut kuasa undang-undang niat, apa yang kita niat, itu yang kita akan dapat"

Ini tak perlu tengok orang lain, aku sendiri pun sama. Selepas mengetahuinya, terus aku tukar konsep simpanan aku. Simpanan untuk bebas dari masalah kewangan. InsyaAllah. Akan berhasil.

Rasanya, aku kongsikan sedikit dahulu hari ini, insyaAllah, di lain masa, akan aku kongsikan selebihnya.

Jumpa lagi.

:)

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email