Kesukaran menjadi blogger - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Kesukaran menjadi blogger

Dalam proses aku menjadi seorang blogger, aku sentiasa memikirkan, apakah kesukaran menjadi seorang blogger. Untuk menjadi seorang blogger, tidaklah terlalu sukar. Perlu ada email dan buat akaun blog anda beserta dengan nama blog anda sendiri.

Tetapi, apakah kesukaran menjadi blogger? Pada aku, adalah dalam menghasilkan cerita untuk blog. Blogger perlu pandai menghasilkan cerita atau info-info yang menarik, yang membuatkan ramai orang ingin buka blog kita.

Dari pemerhatian aku, blog yang bercerita tentang makanan, tentang pelancongan, gambar-gambar menarik,lucu dan sebagainya adalah di antara blog-blog yang sentiasa dapat traffic yang tinggi. Juga blog-blog yang menceritakan keadaan semasa.

Dalam penghasilan blog yang berkualiti, memerlukan diri blogger itu seorang yang berkualiti. Dan aku masih belajar lagi dalam menjadi seperti blogger-blogger hebat seperti denaihati , abangensembenashaari ( sekadar menyebut beberapa nama, masih ada banyak lagi blogger hebat).

Apapun, untuk menjadi hebat, perlu ilmu yang hebat. Semoga aku berjaya seperti mereka. Mulakan satu langkah untuk mencapai beribu langkah.

Jumpa lagi.
loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com