Kerjaya seorang badut. ~ Ceritaejoy Kerjaya seorang badut. - Ceritaejoy

Kerjaya seorang badut.

11:37 PG

Semalam, selepas berbuka puasa, aku bawa keluarga aku berjalan-jalan di satu bazar ramadan di bandar melaka. Ramai orang mencari barang-barang keperluan untuk raya yang bakal menjelma tak lama lagi. Dalam pada melihat pakaian-pakaian raya, aku terlihat seorang badut melayan keletah anak-anak kecil. Daripada raut wajah badut itu (Walaupun macam-macam warna di muka) apa yang aku boleh simpulkan, beliau adalah seorang yang berpelajaran. Dengan kelebihan dan kreativiti menghasilkan bermacam-macam bentuk menggunakan belon.

Dalam pada aku leka melihat badut itu, aku terfikir, adakah badut ini suatu kerjaya? Atau sekadar mengisi masa lapang sahaja? Sebab aku terdengar perbualan badut ini bersama dengan seorang rakan beliau, yang mana beliau mendapat banyak job dalam bulan puasa ini. Jadi, adakah badut adalah suatu kerjaya?

Menjadi badut, selain dapat mengembirakan hati kanak-kanak, mereka juga sering kali mendapat cemuhan atau sindiran dari orang sekeliling mereka. Apakah badut tidak mempunyai perasaan? Tidak sama sekali! Mereka juga manusia, sama seperti mereka yang memberi cemuhan itu. Dan ini adalah apa yang perlu di lalui oeh seorang badut. Aku pernah melihat, sekumpulan remaja membaling air kepada badut. Dan kemudian tertawa riang. Dan si badut hanya membalas dengan senyuman.

Pemikiran perlu di ubah. Walaupun luaran mereka badut, dalaman mereka tetap sama seperti kita. Mereka juga perlu dihormati. Mereka juga manusia dan mereka berhak untuk itu.


You Might Also Like

0 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Recommended For You