Kerisauan masih ada - Ceritaejoy

Header Ads

Booking.com

Kerisauan masih ada

Walaupun KDN dah umumkan bahawa kes penculikan untuk organ kanak-kanak adalah kabar angin semata-mata, aku masih lagi risau dengan keselamatan keluargaku. Ianya bukanlah alasan untuk aku, untuk tidak memberikan perhatian kepada mereka. Setiap hari, lepas balik dari kerja, aku mesti tatap wajah kedua-dua mereka. Ianya satu anugerah yang tidak terhingga kepada aku. Tiada nilai matawang yang boleh digunakan untuk membelinya.

Tak dapat aku bayangkan perasaan mereka yang kehilangan anak. Tentu sekali tidak termampu rasa diri mereka. Alangkan anak yang meninggal akibat kemalangan, dan dikebumikan di hadapan keluarga mereka, tidak termampu di tahan rasa sedih mereka. Inikan pula, anak yang di jadikan seperti tikus di dalam makmal.

Aku hanya mampu berdoa kepada yang maha esa, agar di lindungi daripada setiap perkara yang tidak kami ingini. Dihidupkan dengan keadaan sempurna, di dalam agama islam. Dan bermohon, dimatikan juga di dalam keadaan sempurna dan di dalam agama islam yang sebenar.

Amin. Amin Ya Rabb. Allahurabbi..
loading...

Tiada ulasan

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com