Cara jutawan berfikir - ceritaejoy

Cara jutawan berfikir

9:25 PG

Aku suka baca buku-buku berkaitan pemikiran jutawan. Bagaimana para-para jutawan ini berfikir. Ternyata cara mereka berfikir adalah sangat berbeza. Cara mereka melihat dunia juga berbeza dengan orang biasa.

Sebagai contoh, biasakah anda dengar, buat tabungan seperti sediakan payung sebelum hujan. Kebanyakkan dari kita, termasuklah aku, sentiasa berfikir seperti ini, benar bukan?

Tetapi, jika kita sediakan payung sebelum hujan, apa yang kita dapat? jawapannya adalah air hujan. Ya. Air hujan. Mengapa? Kerana tujuan kita menabung adalah untuk keadaan-keadaan sesak. Jadi, itulah yang kita akan dapat.

Bagaimana pula dengan jutawan?

Mereka membuat tabungan adalah kerana mereka ingin bergelar " financial freedom". Bebas kewangan. Jika mereka menabung RM50 satu hari, ini bermakna mereka sudah berjaya jimatkan RM50 dari perbelanjaan mereka. Dan, mereka akan menabung dan menabung sehingga mereka tiada lagi masalah dengan wang. Dan akhirnya, mereka akan mencapai status "financial freedom".

Mereka bermula dengan cara berfikir. Dari situ, mereka memulakan langkah menjadi jutawan. Mereka tidak takut untuk mencuba sesuatu.

Apa yang membezakan adalah, mereka menyimpan untuk terus untung. Tetapi mereka yang berstatus orang biasa menyimpan kerana takut rugi.

Teringat suatu ayat,

Jika anda ingin jadi kaya raya, tidak perlu mengubah dunia, tetapi ubah cara anda "MELIHAT" dunia.

You Might Also Like

0 comments

[Penafian] Segala perkongsian di dalam blog ceritaejoy ini adalah pendapat peribadi yang mahu dikongsikan bersama pembaca blog dan sebagai rujukan pemilik blog untuk kegunaan masa hadapan.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab dengan penyalahgunaan artikel dari blog ceritaejoy dan sebarang komen dan pendapat yang diberikan pembaca blog samada secara positif atau negatif adalah dipertanggungjawabkan kepada pembaca sendiri.

Follow by Email