Punca jumlah amaun di dalam bank di sekat. ~ Ceritaejoy Punca jumlah amaun di dalam bank di sekat. - Ceritaejoy

Punca jumlah amaun di dalam bank di sekat.

11:28 PG

Huh.. rasa nak marah pun ada. Baru sekejap pulang dari bank, di mana wang gaji aku di masukkan. Cuba sekali lagi periksa baki wang menggunakan kad atm. Ternyata baki wang masih sama dengan jumlah semalam. Berserta dengan statement yang aku sudah print sebelum aku ke bank, aku jumpa dengan pegawai bertugas.

Punya la belek, punya belek pegawai bank itu dengan statement yang aku dah print. Soalan yang keluar dari beliau adalah "adakah encik ada menggunakan kad encik untuk pembelian apa-apa barang". Alamak, aku tak pernah guna kad untuk beli barang. Semua guna wang tunai, kalau wang tunai tiada, maknanya aku belum mampu untuk beli sesuatu barang yang aku inginkan.

Dan selepas beberapa lama, barulah pegawai itu jumpa punca utama wang aku di tolak.

Ada status earmark amount pada akaun aku.

" Adakah encik ada beli insurans?" "Wang encik telah dipotong oleh insurans terbabit"

Dan jumlah yang dipotong adalah selama 2 bulan!!

2 bulan?? Aku belum pernah miss lagi untuk melakukan pembayaran, bagaimana mereka boleh potong duit aku untuk 2 bulan?

Ianya amat-amat mengecewakan aku. Benar-benar mengecewakan aku.

Dan apa yang aku lakukan adalah, aku terus hubungi agen insurans aku, dan beritahu hal ini. Dan beliau akan menguruskan secepat mungkin.

Dan aku mahu wang aku semula!!



You Might Also Like

0 comments

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Recommended For You